Pengaruh kesediaan perubahan sebagai mediator terhadap hubungan antara amalan pembangunan profesional berterusan dengan kompetensi guru sekolah di Malaysia

Transformasi pendidikan merupakan proses penambahbaikan kualiti sistem pendidikan yang menuntut kepada perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses penambahbaikan ini penting bagi memastikan kualiti pendidikan negara setaraf dengan arena global. Namun begitu, perubahan dalam sistem pendidikan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ramanan, Banu
格式: Thesis
语言:eng
eng
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://etd.uum.edu.my/9702/1/permission%20to%20deposit-903217.pdf
https://etd.uum.edu.my/9702/2/s903217_01.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Transformasi pendidikan merupakan proses penambahbaikan kualiti sistem pendidikan yang menuntut kepada perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses penambahbaikan ini penting bagi memastikan kualiti pendidikan negara setaraf dengan arena global. Namun begitu, perubahan dalam sistem pendidikan hanya akan tercapai dengan adanya guru yang kompeten dan mampu memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kesediaan perubahan sebagai mediator terhadap hubungan antara amalan pembangunan profesional berterusan dengan kompetensi guru sekolah. Kaedah tinjauan yang melibatkan 380 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah menengah dari Kelantan, Terengganu dan Pahang telah digunakan. Instrumen kajian diadaptasi daripada The design and validation of an instrument to measure teacher’s profesional development at work, Readiness for organizational Change dan Standard Guru Malaysia. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of the Social Science (SPSS Versi 25), manakala ujian korelasi, analisis regresi dan mediator dianalisis menggunakan Structural Equation Modeling AMOS (SEM AMOS Versi 24). Hasil kajian menunjukkan amalan pembangunan profesional berterusan dan kesediaan perubahan mempengaruhi tahap kompetensi guru sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan kesediaan perubahan individu berperanan selaku mediator separa terhadap hubungan antara amalan pembangunan profesional berterusan dengan kompetensi guru sekolah. Kajian ini menyumbang dari segi pengintegrasian model kesediaan perubahan dalam teori konstruktivisme bagi menjelaskan peranan kesediaan perubahan sebagai mediator terhadap hubungan antara pembangunan profesional berterusan dengan kompetensi guru. Tahap amalan pembangunan profesional berterusan dan kesediaan perubahan individu yang tinggi mampu mempengaruhi kompetensi seterusnya meningkatkan kualiti guru. Sehubungan itu, pendekatan amalan pembangunan profesional berterusan, kesediaan perubahan individu dan kompetensi guru harus diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan.