Kesediaan perubahan organisasi sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan distributif dan professional learning community

Professional Learning Community merupakan aktiviti pembangunan profesionalisme guru yang berteraskan konsep hubungan berkualiti dengan perkongsian kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran. Budaya PLC memacu kreativiti dan inovasi menerusi persekitaran pengajaran dan pembelajara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zalina, Zakaria @ Abdul Mutalib
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/9703/1/permission%20to%20deposit-902410.pdf
https://etd.uum.edu.my/9703/2/s902410_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/9703/3/s902410_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Professional Learning Community merupakan aktiviti pembangunan profesionalisme guru yang berteraskan konsep hubungan berkualiti dengan perkongsian kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran. Budaya PLC memacu kreativiti dan inovasi menerusi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kesediaan perubahan organisasi sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan distributif dan PLC di sekolah menengah (harian biasa) Negeri Kelantan. Kajian ini juga meneroka sama ada dimensi kepimpinan distributive dan kesediaan perubahan organisasi merupakan peramal kepada pelaksanaan PLC. Kaedah gabungan digunakan menerusi instrumen Distributed Leadership Readiness Scale (Gordon, 2005) untuk mengukur amalan kepimpinan pengetua, Professional Learning Communities-Revised (Oliver & Hipp, 2010) bagi mengukur pelaksanaan PLC dan Organizational Readiness to Change (Shea, 2014) digunakan untuk mengukur kesediaan perubahan sekolah. Data kuantitatif dikutip menggunakan soal selidik yang melibatkan 371 orang guru manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual dengan empat (4) orang guru yang dipilih secara teknik bola salji. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengaruh kepimpinan distributif dan kesediaan perubahan organisasi. Kepimpinan distributif dan kesediaan perubahan organisasi merupakan faktor peramal kepada pelaksanaan PLC. Dimensi penetapan visi, misi dan matlamat merupakan dimensi peramal yang paling tinggi diikuti amalan kepimpinan dan perkongsian kepimpinan manakala budaya sekolah merupakan peramal yang paling rendah. Dimensi efikasi terhadap perubahan dan komitmen terhadap perubahan dalam kesediaan perubahan organisasi menunjukkan peramal yang tinggi terhadap tahap pelaksanaan PLC. Analisis data kualitatif mendapati lima (5) faktor utama menyumbang kepada pelaksanaan PLC berkesan, iaitu kerja berpasukan, sokongan pentadbir, perkongsian amalan terbaik, penetapan matlamat dan objektif, serta sokongan pemegang taruh. Kajian ini dapat dijadikan panduan tambahan untuk melaksanakan PLC berkesan serta dijadikan platform untuk meningkatkan pembangunan profesionalisme guru.