Pengaruh kepimpinan teknologi pengetua dan efikasi kendiri guru terhadap penerimaan teknologi mudah alih di sekolah menengah kebangsaan negeri Kedah

Teknologi mudah alih berpotensi dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan mencetus inovasi dalam pedagogi. Hal ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yang berhasrat memperkasakan pendidikan menerusi ICT. Sungguhpun begitu, sorotan kajian mendapati kepimpinan teknologi pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Norakmar, Omar
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/9712/1/permission%20to%20deposit-s903450.pdf
https://etd.uum.edu.my/9712/2/s903450_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teknologi mudah alih berpotensi dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan mencetus inovasi dalam pedagogi. Hal ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yang berhasrat memperkasakan pendidikan menerusi ICT. Sungguhpun begitu, sorotan kajian mendapati kepimpinan teknologi pengetua masih rendah dan efikasi kendiri guru tidak konsisten, menghadirkan kebimbangan guru bagi menerima teknologi mudah alih dalam pengajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap, hubungan dan pengaruh di antara kepimpinan teknologi pengetua, efikasi kendiri guru dan penerimaan teknologi mudah alih. Selain itu, efikasi kendiri guru juga diuji sebagai mediator kajian. Kajian dilaksanakan secara tinjauan keratan rentas dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 376 orang guru melibatkan 24 buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah terlibat sebagai sampel. Instrumen kajian diadaptasikan daripada Principal Technology Leadership Assessment, Teacher Sense of Efficacy Scale dan The Extended of Unified Theory of Acceptance and Use of Technology. Analisis deskriptif, ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson dilaksanakan menggunakan perisian SPSS versi 24.0, manakala kesepadanan model, pengaruh antara pemboleh ubah dan kehadiran pengaruh mediator pula diuji menggunakan SEM-AMOS versi 24.0. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga pemboleh ubah mempunyai tahap yang tinggi, manakala guru di sekolah bandar lebih tinggi tahap penerimaan teknologi mudah alih berbanding di sekolah luar bandar. Selain itu, kepimpinan teknologi pengetua dan efikasi kendiri guru mempunyai pengaruh yang besar terhadap penerimaan guru terhadap teknologi mudah alih. Menerusi ujian bootstrapping, didapati efikasi kendiri guru berperanan sebagai mediator separa. Kajian ini memberi sumbangan di mana pembinaan karakter kepimpinan teknologi pengetua harus berpandukan kepada elemen NETS-A. Penemuan kajian menyarankan supaya guru memperkasakan efikasi kendiri bagi melestarikan pembudayaan ICT di sekolah. Di samping itu, guru dikehendaki meningkatkan kesediaan diri dengan kompetensi ICT untuk menerima penggunaan teknologi mudah alih dalam pengajaran.