Hubungan antara penglibatan pekerja dan latihan keselamatan terhadap gelagat selamat dalam kalangan pekerja di MSM Prai Bhd cawangan Sungai Buloh

Penglibatan pekerja, latihan keselamatan dan gelagat selamat merupakan antara peranan yang penting dalam membangunkan budaya kerja selamat di tempat kerja. Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara penglibatan pekerja dan latihan keselamatan terhadap gelagat selamat. Kajian kuantitatif ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Badarudin, Ain’ Hazidi Hazryn
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/9937/1/permissin%20to%20use-ALLOWED.pdf
https://etd.uum.edu.my/9937/2/s822557_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penglibatan pekerja, latihan keselamatan dan gelagat selamat merupakan antara peranan yang penting dalam membangunkan budaya kerja selamat di tempat kerja. Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara penglibatan pekerja dan latihan keselamatan terhadap gelagat selamat. Kajian kuantitatif ini menggunakan soalselidik dengan melibatkan seramai 120 responden pekerja syarikat pengeluran gula pasir MSM Prai Bhd cawangan Sungai Buloh. Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 telah digunakan untuk menganalisa data-data kajian ini. Analisis deskrpitif menunjukkan tahap penglibatan pekerja dan latihan keselamatan yang diamalkan oleh pekerja di MSM Prai Bhd cawangan Sungai Buloh adalah pada tahap sederhana. Analisis korelasi pula menunjukkan latihan keselamatan, penglibatan kakitangan dan gelagat selamat mempunyai hubungan yang signifikan. Majikan perlu menitikberatkan program latihan keselamatan keselamatan dan perlu memastikan penglibatan pekerja dalam semua aktiviti-aktiviti pencegahan kemalangan ditempat kerja.Hubungan antara majikan dan pekerja juga memerlukan toleransi seterusnya akan menjamin kepada pencapaian matlamat keselamatan dan kesihatan pekerjaan syarikat. Kertas kajian ini turut membincangkan hasil dapatan kajian, limitasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan.