Hubungkait antara beban kerja berlebihan, hubungan dengan rakan sekerja dan persekitaran tempat kerja dengan tekanan kerja di Markas Briged Infantri Malaysia

Tekanan merujuk pembentukan tingkah laku serta memberi kesan terhadap emosi seseorang individu. Faktor tekanan adalah sebahagian daripada keselamatan dan kesihatan individu serta organisasi secara menyeluruh. Terdapat kajian mumbuktikan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara tekana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Khairul Firdaus
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/9989/1/permission%20to%20use-NOT%20ALLOWED.pdf
https://etd.uum.edu.my/9989/2/s824187_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/9989/3/s824187_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tekanan merujuk pembentukan tingkah laku serta memberi kesan terhadap emosi seseorang individu. Faktor tekanan adalah sebahagian daripada keselamatan dan kesihatan individu serta organisasi secara menyeluruh. Terdapat kajian mumbuktikan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara tekanan pekerjaan dengan salah laku disiplin. Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan dalam salah laku disiplin sama ada dalam sektor awam dan tidak terkecuali dalam Markas Briged Infantri Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap tekanan kerja di kalangan pegawai dan anggota yang bertugas di sebuah Markas Briged Infantri Malaysia dan menentukan hubungan antara beban kerja berlebihan, hubungan dengan rakan sekerja dan persekitaran tempat kerja dengan tekanan pekerjaan di sebuah Markas Briged Infantri Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan 130 orang responden daripada sebuah Markas Briged Infantri Malaysia. Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 secara analisis deskriptif, analisis korelasi Pearson dan analisis regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara beban kerja berlebihan dan hubungan dengan rakan sekerja dengan tekanan pekerjaan dalam kalangan staf di sebuah Markas Briged Keenam Infantri Malaysia. Manakala tiada hubungan positif yang signifikan antara persekitaran tempat kerja dengan tekanan pekerjaan dalam kalangan staf di sebuah Markas Briged Keenam Infantri Malaysia. Penemuan ini juga menunjukkan beban kerja berlebihan dan hubungan dengan rakan sekerja memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan tahap tekanan pekerjaan di organisasi Markas Briged Infantri Malaysia. Hasil daripada kajian telah disyorkan kaedah yang bersesuaian bagi pengurusan tekanan kerja dalam organisasi Markas Briged Infantri Malaysia.