Pelaksanaan aktiviti Circle Time untuk kemahiran komunikasi kanak-kanak Tadika

Kajian ini meneroka pelaksanaan aktiviti Circle Time untuk kemahiran komunikasi

kanak-kanak TADIKA. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah

digunakan dalam kajian ini. Seramai dua orang kanak-kanak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ilham Roding
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10007
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini meneroka pelaksanaan aktiviti Circle Time untuk kemahiran komunikasi

kanak-kanak TADIKA. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah

digunakan dalam kajian ini. Seramai dua orang kanak-kanak TADIKA kelas 5 tahun,

seorang guru kelas 5 tahun dan dua orang ibu kepada peserta kajian terlibat dalam kajian

ini. Kaedah kajian yang digunakan adalah pemerhatian dan temu bual separa

berstruktur. Pemerhatian terhadap kanak-kanak telah dijalankan sebanyak sepuluh kali

dengan memfokuskan kepada kemahiran komunikasi semasa aktiviti Circle Time.

Setiap guru dan ibu telah ditemu bual sekali untuk meneroka pandangan mereka tentang

aktiviti Circle Time dan impaknya terhadap kemahiran komunikasi kanak-kanak.

Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis tematik untuk menganalisis dapatan

kajian. Beberapa tema telah terhasil bagi menjawab persoalan kajian. Tema yang

muncul adalah aktiviti interaktif, pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan

kemahiran komunikasi kanak-kanak, dan aktiviti berpusatkan kanak-kanak. Aktiviti

interaktif seperti bercerita, belajar melalui bermain, dan bersoal jawab merupakan

aktiviti yang diamalkan oleh guru setiap pagi. Pendekatan yang bersesuaian seperti

pendekatan nyanyian muzik, bersepadu, dan belajar melalui bermain merupakan

pendekatan yang menyumbang kepada kemahiran komunikasi kanak-kanak. Aktiviti

yang berpusatkan kanak-kanak seperti bersoal jawab dan bermain adalah penting dalam

mengoptimumkan komunikasi kanak-kanak. Kesimpulannya, pelaksanaan aktiviti

Circle Time melalui aktiviti interaktif, pendekatan yang bersesuaian dan berpusatkan

kanak-kanak mampu meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Implikasi

kajian menunjukkan bahawa guru TADIKA perlu menjalani latihan profesional

berterusan mengenai aktiviti Circle Time untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan

komunikasi kanak-kanak.