Unsur-unsur kebudayaan masyarakat India dalam cerpen-cerpen terpilih karya Saroja Theavy Balakrishnan dan Uthaya Sankar SB

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan unsur-unsur kebudayaan masyarakat India

dalam cerpen-cerpen terpilih Saroja Theavy Balakrishnan (STB) dan Uthaya Sankar

SB. (US. SB.) Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Joanna Janet Joseph
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10008
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan unsur-unsur kebudayaan masyarakat India

dalam cerpen-cerpen terpilih Saroja Theavy Balakrishnan (STB) dan Uthaya Sankar

SB. (US. SB.) Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu, mengenal pasti penggunaan

perkataan-perkataan dari bahasa masyarakat India Malaysia yang mempunyai unsur

kebudayaan, mengkategorikan paparan unsur kebudayaan India mengikut

pembahagian unsur kebudayaan Koentjaraningrat dan mengupaskan makna di sebalik

paparan unsur kebudayaan mengikut pembahagian unsur kebudayaan

Koentjaraningrat. Kajian ini menggunakan teori kebudayaan Koentjaraningrat yang

digagaskan oleh Koentjaraningrat. Pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif telah

digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah

berbentuk kaedah keperpustakaan. Analisis deskriptif memberikan gambaran

mengenai paparan unsur kebudayaan melalui penggunaan perkataan-perkataan dari

bahasa masyarakat India Malaysia yang terdapat dalam cerpen-cerpen terpilih STB

dan US. SB. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 61 patah

perkataan bahasa masyarakat India Malaysia dapat dikenal pasti yang mempunyai

unsur kebudayaan mengikut pembahagian unsur kebudayaan Koentjaraningrat. Kajian

ini membuktikan bahawa 61 patah perkataan tersebut dapat membantu dalam

menganalisis sebuah kumpulan cerpen dari segi unsur kebudayaan. Melalui kajian ini

penyelidik dapat menyimpulkan bahawa kumpulan cerpen STB dan US. SB

merupakan sebuah karya yang kaya dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat

India. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa kumpulan cerpen STB

dan US. SB mampu memberi kesan kepada khalayak pembaca cerpen Melayu bukan

India dapat berkenalan dan menghayati kosa kata bahasa-bahasa India dari segi

pemahaman kebudayaan masyakat India. Implikasi kajian ini adalah membantu

pembaca untuk memahami perkataan-perkataan dari bahasa masyarakat India dan

kebudayaan masyarakat India Malaysia serta bakal penyelidik dapat menggunakan

kajian ini sebagai sumber rujukan.