Pembangunan dan penentusahan Modul Pembelajaran STEM Nu-Tech bagi topik tenaga nuklear untuk mata pelajaran Sains tingkatan empat

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran STEM Nu-Tech bagi

topik tenaga nuklear untuk mata pelajaran sains tingkatan empat. Kajian ini

menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang dipelo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suraya Mohamed Sabri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10009
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran STEM Nu-Tech bagi

topik tenaga nuklear untuk mata pelajaran sains tingkatan empat. Kajian ini

menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang dipelopori oleh

Richey dan Klein yang melibatkan tiga fasa kajian. Model Pembinaan Modul Sidek

mendasari kajian ini. Data kajian fasa pertama iaitu analisis keperluan dikumpul

melalui soal selidik yang diedarkan kepada 110 orang guru sains dipilih sebagai

persampelan bertujuan. Data dianalisis secara deskriptif menunjukkan majoriti guru

bersetuju keperluan membangunkan modul pembelajaran STEM bagi topik tenaga

nuklear untuk pelajar. Data daripada fasa kedua iaitu peringkat reka bentuk modul

diperolehi menggunakan teknik Fuzzy Delphi oleh 11 orang panel pakar. Analisis

berdasarkan konsensus pakar terhadap soal selidik yang terdiri daripada tujuh skala

Likert linguistik. Panel pakar telah mencapai kesepakatan bersama dengan nilai

threshold (d) 0.2 iaitu melebihi 75% dari aspek kesesuaian item-item dalam modul

tersebut di samping nilai skor Fuzzy, A juga melebihi 0.800. Data fasa pembangunan

modul pula melibatkan pembangunan rancangan pembelajaran yang melibatkan

pemilihan elemen subtajuk, isi kandungan, strategi dan gaya pembelajaran serta

latihan resos. Data fasa ketiga penilaian kebolehgunaan modul diperolehi melalui

retrospeksi ke atas guru dan pelajar. Soal selidik kebolehgunaan ke atas 108 orang

pelajar mendapati reka bentuk, kandungan dan refleksi modul mencapai skor min

melebihi 4.00. Temu bual separa berstruktur ditadbir kepada lapan orang pelajar dan

lima orang guru sains. Data yang dianalisis secara tematik menunjukkan modul

pembelajaran STEM Nu-Tech sesuai digunakan oleh pelajar. Kajian ini menunjukkan

bahawa modul pembelajaran tenaga nuklear ini dapat dibina bagi meningkatkan tahap

pengetahuan dalam teknologi nuklear selain berpotensi digunapakai oleh guru dan

pelajar di Kementerian Pendidikan Malaysia.