Amalan kepimpinan moral guru besar lepasan Principals Residency and Immersion Programme

Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan kepimpinan moral yang wujud dalam

kalangan guru besar lepasan PRIme, anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB), yang

ditempatkan di beberapa buah sekolah rendah di Malaysia. PR...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Vasu Muniandy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10013
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan kepimpinan moral yang wujud dalam

kalangan guru besar lepasan PRIme, anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB), yang

ditempatkan di beberapa buah sekolah rendah di Malaysia. PRIme merupakan

program transisi PGB dalam memantapkan pelbagai kompetensi kepimpinan dan

pengurusan serta menimba pengalaman daripada PGB yang akan bersara atau yang

akan bertukar dan dapat memahami dan membiasakan diri dengan persekitaran dan

iklim sekolah. Elemen kepimpinan yang dikaji dalam kalangan Guru besar ialah

amalan kepimpinan moral yang wujud aspek dalam pengurusan organisasi sekolah,

aspek pengajaran dan pembelajaran dan dalam aspek kemenjadian murid. Kajian ini

dilaksanakan menerusi pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian

tindakan partisipatif (Participatory Action Research atau PAR). Model PAR tiga

gelung yang diadaptasi daripada Crane dan Richardson (2000) telah digunakan dalam

kajian ini. Seramai 21 orang peserta kajian dalam kalangan guru besar, para pentadbir

kanan dan guru-guru akademik dipilih daripada tiga buah sekolah Kebangsaan (SK).

Data untuk kajian ini dikutip melalui instrumen temu bual, pemerhatian dan catatan

jurnal. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa guru besar lepasan PRIme, di setiap sekolah mampu

mengembangkan amalan kepimpinan moral dalam pengurusan organisasi sekolah,

aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek kemenjadian murid. Antara elemen

moral yang dikembangkan dalam kepimpinan pengurusan organisasi sekolah ialah

elemen perancangan yang berteraskan nilai moral dan elemen pengorganisasian

sumber manusia yang insani. Selanjutnya elemen moral yang dikembangkan dalam

aspek kepimpinan pengajaran dan pembelajaran ialah elemen pengajaran

transformatif, pembelajaran aktif dan pentaksiran yang berasaskan manusia. Di

samping itu, elemen moral yang dikembangkan dalam aspek kemenjadian murid,

ialah kemenjadian dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Implikasi kajian

ini membantu memberikan maklumat yang penting kepada kepimpinan moral guru

besar, pengurusan organisasi sekolah dan modul PRIme dalam kepimpinan moral

yang lebih efisien.