Hubungan Kepimpinan Teknologi Guru Besar dengan Penggunaan Whatsapp guru sekolah rendah Daerah Marang Terengganu

Kajian ini bertujuan meneliti hubungan Kepimpinan Teknologi Guru Besar dengan

Penggunaan WhatsApp guru sekolah rendah Daerah Marang Terengganu. Kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Haris Hashim@Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10014
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan meneliti hubungan Kepimpinan Teknologi Guru Besar dengan

Penggunaan WhatsApp guru sekolah rendah Daerah Marang Terengganu. Kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Kajian ini

melibatkan 292 sampel yang dipilih daripada kumpulan populasi seramai 1068 orang

guru. Pengambilan sampel dilakukan menerusi teknik persampelan rawak berstrata

dalam kalangan guru yang berkhidmat di lapan buah sekolah rendah Zon Bukit Payong

dan lapan buah di Zon Marang. Pengumpulan data adalah menerusi instrumen soal

selidik yang diadaptasi daripada Principal Technology Leadership Assessment [PTLA]

berasaskan National Educational Technology Standards for Administrators [NETS-A]

dan Unified Theory of Acceptance and Use of Technology [UTAUT]. Dapatan kajian

menunjukkan min bagi Kepimpinan Teknologi (4.09), Niat Tingkah Laku (3.79) dan

Tingkah Laku Penggunaan (3.74) adalah berada di tahap tinggi. Korelasi Pearson bagi

Kepimpinan Teknologi dengan Niat Tingkah Laku (r= 0.628) dan Kepimpinan

Teknologi dengan Tingkah Laku Penggunaan (r= 0.561) didapati masing-masing

mempunyai hubungan sederhana manakala Niat Tingkah Laku dengan Tingkah Laku

Penggunaan (r= 0.832) mempunyai hubungan kuat. Oleh itu dapatan kajian

menunjukkan Kepimpinan Teknologi Guru Besar mempunyai hubungan dengan Niat

Tingkah Laku dan Tingkah Laku Penggunaan WhatsApp guru sekolah rendah Daerah

Marang Terengganu. Implikasi kajian menggambarkan bahawa WhatsApp menjadi

pelantar perhubungan yang penting, berpenerimaan tinggi dan perlu diperkasakan

penggunaannya dalam mengendalikan tadbir urus sekolah.