Elemen patriotisme patuh syariah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman patriotisme dalam kalangan Guru

Pendidikan Islam (GPI), meneroka penerapan elemen patriotisme dalam kalangan GPI,

meneliti pandangan GPI terhadap penghayatan elemen patr...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohd Erfino Johari
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2023
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10015
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman patriotisme dalam kalangan Guru

Pendidikan Islam (GPI), meneroka penerapan elemen patriotisme dalam kalangan GPI,

meneliti pandangan GPI terhadap penghayatan elemen patriotisme murid Islam dan

melihat faktor-faktor kekangan yang wujud dalam perlaksanaan penerapan elemen

patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam secara mendalam. Patriotisme

sangat penting dalam Pendidikan Islam kerana ia mempersiapkan Guru Pendidikan

Islam untuk membina jati diri murid dan keperibadian muslim dengan berlandaskan

kepatuhan kepada syariah. Selanjutnya, kajian ini meneliti kepentingan penerapan

elemen patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta meneroka elemen

Patriotisme Patuh Syariah (PPS). Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan

pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual

separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis

menggunakan perisian ATLAS.ti. 9. Seramai lapan orang GPI yang berkhidmat di

beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dipilih sebagai peserta

kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Selanjutnya, kaedah members checking,

peers review dan pengesahan pakar penilai diperoleh sebagai triangulasi. Kajian

mendapati GPI mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap patriotisme serta

mampu menerapkan elemen patriotisme dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam.

GPI turut didapati cakna dan prihatin terkait penghayatan elemen patriotisme murid

Islam, mengenal pasti kekangan dalam penerapan serta kepentingan penerapan elemen

patriotisme. Kajian ini menghasilkan elemen Patriotisme Patuh Syariah (PPS)

berasaskan patriotisme Islam yang bersifat praktikal dan memenuhi keperluan semasa,

di samping turut menyuntik implikasi positif kepada polisi melibatkan Kementerian

Pendidikan Malaysia, institusi keguruan, amalan pentadbiran pihak sekolah, guru dan

pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam.