Pengaruh Kompetensi 6C dalam Revolusi Perindustrian Keempat terhadap kepimpinan guru sekolah rendah TS25 di Daerah Marang Terengganu

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh antara Kompetensi 6C (Critical

Thinking, Communication, Collaboration, Creativity, Character, Citizenship) dalam

Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) terhadap amal...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10032 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh antara Kompetensi 6C (Critical

Thinking, Communication, Collaboration, Creativity, Character, Citizenship) dalam

Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) terhadap amalan kepimpinan guru sekolah

rendah yang terlibat dengan Program Transformasi Sekolah (TS25). Kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif bersifat tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada

399 orang guru di Daerah Marang, Terengganu dengan jumlah sampel seramai 196

orang responden dari sekolah yang tersenarai dalam Program TS25. Kajian ini

menggunakan soal selidik kompetensi 6C adaptasi daripada New Pedagogies for Deep

Learning (NPDL) dan soal selidik kepimpinan guru adaptasi daripada Teacher

Leadership Self-Assessment (TLSA). Data yang diperoleh telah dianalisis secara

deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi 6C guru (min= 3.98,

SP= 0.487) dan kepimpinan guru (min= 4.18, SP= 0.456) berada pada tahap yang

tinggi. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan kompetensi 6C mempunyai hubungan

yang kuat dengan kepimpinan guru iaitu (r= 0.852, p< 0.05). Analisis regresi linear

mendapati nilai ( r2= 0.727, p= 0.000, p< 0.05) yang membawa maksud 72.7% amalan

kepimpinan guru dipengaruhi oleh faktor kompetensi 6C manakala 27.3% amalan

kepimpinan guru dipengaruhi oleh faktor-faktor yang lain. Oleh itu, kajian ini

mendapati wujudnya pengaruh antara kompetensi 6C terhadap kepimpinan guru.

Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kompetensi guru perlu diperkasakan secara

berterusan untuk membangunkan kepimpinan guru yang mantap