Perkongsian maklumat peribadi di media sosial dan kaitannya dengan buli siber

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tentang perkongsian maklumat peribadi pelajar di

media sosial dengan kekekerapan menjadi mangsa buli dan kecenderungan menjadi

pembuli siber. Kajian kuantitatif ini menggunak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Raja Muhammad Faiz Raja Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: N/A
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10034
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tentang perkongsian maklumat peribadi pelajar di

media sosial dengan kekekerapan menjadi mangsa buli dan kecenderungan menjadi

pembuli siber. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan soal-selidik.

Soal selidik ini telah diubah suai daripada Che Hasniza Che Noh (2014). Sampel kajian

adalah seramai 132 orang pelajar dari program Diploma Rangkaian Komputer dan Diploma

Produksi Media Digital Kreatif di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM), Pahang.

Dapatan kajian dianalisis secara statistik deskriptif; kekerapan, peratusan, min, sisihan

piawai dan indeks relatif serta statistik inferensi; ujian t sampel bebas dan ujian korelasi

pearson. Kajian mendapati jenis maklumat peribadi yang kerap dikongsikan di media sosial

oleh pelajar adalah gambar sendiri (70.5%), perkongsian minat (64.4%) dan tarikh lahir

(51.5%). Jenis media sosial yang kerap digunakan oleh pelajar adalah Instagram (93.9%),

Tik Tok (77.3%) dan Facebook (74.2%). Dapatan kajian mendapati jenis buli siber yang

kerap diterima adalah mendapat kata-kata kotor dan lucah (RII=0.286), menerima komen

negatif (0.283) dan dijadikan bahan jenaka oleh rakan di laman sosial (RII=0.271). Manakala

jenis membuli siber yang sering dilakukan adalah menghantar komen negatif (RII=0.230),

menghantar kritikan memalukan (RII=0.220) dan menjadikan rakan laman sosial sebagai

bahan jenaka (RII=0.218). Kajian mendapati tidak terdapat perbezaan jantina bagi mangsa

buli, manakala bagi mangsa buli menunjukkan pelajar perempuan lebih cenderung untuk

menjadi pembuli siber. Selain itu, terdapat hubungan antara kekerapan menjadi mangsa

buli siber dan kecenderungan menjadi pembuli siber. Berpandukan kepada dapatan kajian,

adalah dicadangkan kempen kesedaran tentang kebaikan media sosial serta kempen

kesedaran tentang bahaya dan kesan buli siber dalam pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.