Penerapan nilai-nilai keusahawanan melalui Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keupayaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dalam menerapkan

nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Raub, Jerantut dan Bentong,

Pahang. Di samping m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Irdawaty Mohd Bokhari
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10036
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keupayaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dalam menerapkan

nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Raub, Jerantut dan Bentong,

Pahang. Di samping mengenal pasti persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran MPV

oleh guru, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada wujud perhubungan di antara

kecenderungan minat pelajar dengan nilai-nilai keusahawanan. Selain itu, kajian ini juga adalah

untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara mata pelajaran yang ditawarkan

oleh pihak sekolah dan pekerjaan ibu bapa dengan nilai - nilai keusahawanan pelajar.

Seterusnya, kajian ini adalah untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan dari segi

tahap nilai - nilai keusahawanan antara pelajar pelajar MPV dan bukan MPV serta mengikut jantina.

Data ditinjau dengan memilih 4 buah sekolah daripada 13 buah sekolah di Pahang yang ada menawarkan

MPV ini. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik.

Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 12.0. Data dianalisis menggunakan min, peratusan,

frekuensi dan ujian statistik seperti Ujian Anova, Ujian

- t serta Pekali Hubungan Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian tahap nilai - nilai

keusahawanan di kalangan pelajar yang mengikuti program MPV berada di tahap yang tinggi. Persepsi

pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru juga didapati positif. Selain itu,

didapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara mata pelajaran MPV yang ditawarkan oleh pihak

sekolah dan pekerjaan ibu bapa dengan penerapan nilai - nilai keusahawanan. Kajian ini juga

mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap nilai - nilai keusahawanan antara

pelajar MPV dengan pelajar bukan MPV. Namun, kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dari segi penerapan nilai - nilai keusahawanan mengikut jantina di kalangan pelajar-

pelajar MPV. Selain itu, kajian mendapati terdapatnya hubungan yang signifikan diantara minat

pelajar dengan penerapan nilai-nilai keusahawanan.