Kesan pengaplikasian peta alir terhadap pencapaian penulisan karangan naratif murid tahun lima

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengaplikasian peta alir terhadap penulisan

karangan naratif murid tahun lima. Reka bentuk kajian kuantitatif berdasarkan kaedah

kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Suraya Haris
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10040
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengaplikasian peta alir terhadap penulisan

karangan naratif murid tahun lima. Reka bentuk kajian kuantitatif berdasarkan kaedah

kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Kaedah kuasi eksperimen dilakukan

untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian murid sebelum dan selepas rawatan. Kajian

ini dijalankan selama lapan minggu yang melibatkan 60 orang murid di sebuah Sekolah

Kebangsaan di daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sampel murid terdiri daripada

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan terdiri daripada 30 orang

murid begitu juga dengan kumpulan kawalan. Praujian dan pascaujian dijalankan

terhadap kedua-dua kumpulan. Kumpulan rawatan diajar dengan menggunakan

aplikasi peta alir, manakala kumpulan kawalan diajar tanpa menggunakan peta alir.

Bagi mendapatkan data kesan pengaplikasian peta alir terhadap skor penulisan

karangan murid, analisis Ujian-t 2 Sampel Bersandar terhadap perbezaan skor min

pencapaian karangan digunakan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan

inferentif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian peta alir berupaya

meningkatkan tahap gred cemerlang karangan naratif murid dalam kumpulan rawatan

selepas intervensi peta alir dilaksanakan berbanding dengan kumpulan kawalan.

Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan skor min

karangan naratif murid dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan

kawalan yang tidak menggunakan pengaplikasian peta alir. Implikasi kajian

menunjukkan bahawa penggunaan peta alir dapat meningkatkan skor karangan

khususnya karangan naratif Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah. Kesimpulannya,

peta alir boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran karangan jenis naratif

peringkat sekolah rendah bagi meningkatkan tahap penulisan karangan murid.