Pembangunan modul watak bagi kemahiran membina ayat Bahasa Melayu murid sekolah Tamil

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul pengajaran dan pembelajaran bagi

membantu guru yang mengajar murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di

Tahun Empat menghasilkan struktur ayat yang lengkap dengan t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Revathi Raja Gopal
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10043
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul pengajaran dan pembelajaran bagi

membantu guru yang mengajar murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di

Tahun Empat menghasilkan struktur ayat yang lengkap dengan tatabahasa yang betul.

Kajian Reka bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research Approach,

DDR) telah digunakan bagi membangunkan modul WATAK dengan kaedah Jadual

Ansur Maju (JAM). Sampel kajian terdiri daripada 133 orang guru Bahasa Melayu di

SJKT yang terlibat dalam Fasa I dan Fasa III. Manakala 18 orang panel pakar yang

terdiri daripada SISC+, munsyi bahasa, jurulatih utama kebangsaan dan negeri, guru

cemerlang, pensyarah maktab, ketua panitia dan guru mata pelajaran dilibatkan dalam

Fasa II. Dapatan kajian terbahagi kepada tiga fasa. Dapatan Fasa I Analisis Keperluan

menunjukkan kesemua responden kajian (N = 119) bersetuju terhadap pembangunan

modul WATAK. Selain itu, dapatan analisis dokumen menunjukkan terdapat lapan

aspek masalah penulisan yang sering dilakukan oleh murid sekolah Tamil iaitu

kesalahan tatabahasa dari aspek ejaan, imbuhan, tanda baca, kekurangan kosa kata,

menulis ayat tergantung, kelemahan membina ayat aktif dan membina struktur ayat

yang lemah. Analisis dokumen yang dijalankan telah menyokong dapatan Fasa I.

Dapatan Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan menunjukkan bahawa kesemua panel

pakar telah mencapai kesepakatan bersama bagi kesemua konstruk dan item dengan

nilai threshold (d) 0.2, peratus kesepakatan pakar > 75% dan nilai Alpha Cut > 0.5.

Bagi Fasa Penilaian, melalui Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT),

kumpulan pelaksana telah berjaya memberi persetujuan melebihi 80% terhadap setiap

elemen. Kesimpulannya, modul yang berasaskan kaedah JAM berkesan dalam

meningkatkan pengetahuan murid dalam konteks kajian. Dapatan penilaian

kebolehgunaan menunjukkan modul WATAK memang cekap dan berguna sebagai

bahan sokongan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Impikasinya, sekolah-sekolah SJK boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

menggunakan kaedah JAM dalam meningkatkan mutu pembinaan ayat dalam kalangan

murid sekolah Tamil.