Hubungan paras partikel terampai (PM10) dengan parameter meteorologi dan simptom penyakit pernafasan di Ipoh Perak

Kajian bertujuan untuk menentukan hubungan partikel terampai PM10 dan PM2.5 dengan

parameter meteorologi melibatkan suhu, kelembapan, kelajuan angin serta simptom penyakit

pernafasan iaitu batuk, selesema, bersin, d...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohamad Ihsan Muhamad Ismail
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2023
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10055
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian bertujuan untuk menentukan hubungan partikel terampai PM10 dan PM2.5 dengan

parameter meteorologi melibatkan suhu, kelembapan, kelajuan angin serta simptom penyakit

pernafasan iaitu batuk, selesema, bersin, dan sesak nafas. Kajian menggunakan kaedah

pencerapan di lapangan, borang soal selidik dan dapatan data sekunder dari Jabatan

Meteorologi Malaysia. Data mentah dari pencerapan, soal selidik dan data sekunder yang

diperolehi dianalisis secara deskriptif melibatkan purata, median, maksimum dan minimum

dan seterusnya dianalisis secara inferensi menggunakan ujian parametrik dan bukan

parametrik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pola partikel terampai PM10 dan PM2.5

adalah sangat tinggi di bahagian pusat bandar dan tinggi di beberapa kawasan pinggir bandar

yang berdekatan dengan kawasan industri. Pola partikel terampai yang tinggi ini sangat

mempengaruhi parameter meteorologi terutamanya suhu dan parameter kelembapan juga

terkesan dengan pengaruh kekuatan yang sederhana. Dapatan data dari Jabatan Meteorologi

juga menunjukkan dalam tempoh 10 tahun keadaan suhu dan kelembapan berada pada tahap

tinggi. Dilihat dari kesan kepada simptom penyakit pernafasan, dapatan kajian menunjukkan

bersin, batuk dan selesema merupakan simptom yang tertinggi dihidapi oleh responden.

Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan kepekatan partikel terampai bukan sahaja

menggangu parameter meteorologi, malahan juga menjadi penyebab kepada masalah simptom

penyakit pernafasan penduduk di Ipoh.