Kesan modul kaunseling kelompok terapi rasional emotif tingkah laku terhadap aspek psikologikal perokok remaja

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan Modul Kaunseling Kelompok Terapi Rasional

Emotif Tingkah laku (MKKTRET) terhadap aspek psikologikal perokok remaja iaitu

kepercayaan tidak rasional, stres, kebergantungan terhadap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asraf Johar Salleh
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10063
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan Modul Kaunseling Kelompok Terapi Rasional

Emotif Tingkah laku (MKKTRET) terhadap aspek psikologikal perokok remaja iaitu

kepercayaan tidak rasional, stres, kebergantungan terhadap rokok dan kesediaan

berhenti merokok. Reka bentuk kajian eksperimen kuasi praujian-pascaujian

melibatkan subjek kajian Kumpulan Rawatan Kebergantungan Merokok Tinggi

(KRKMT), Kumpulan Rawatan Kebergantungan Merokok Sederhana (KRKMS) dan

juga Kumpulan Kawalan melalui kaedah cabutan. Kajian telah dilakukan di sebuah

institusi pendidikan kemahiran di Perak yang terdiri daripada perokok remaja berumur

di antara 18 hingga 25 tahun iaitu seramai 64 orang subjek kajian. Bagi menguji kesan

MKKTRET terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah terikat, alat ujian Smoking

Rationalization Scale (SRS), Perceived Stress Scale (PSS), Glover-Nilson Smoking

Behavior Questionnaire (GN-SBQ) dan University of Rhode Island Change Assessment

Scale (URICA) digunakan yang diuji pada praujian dan pascaujian. Data kajian

dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ANOVA, MANOVA dan MANCOVA

pada aras signifikan .05 menggunakan perisian Statistical Package for the Social

Sciences (SPSS). Dapatan kajian mendapati MKKTRET berkesan menurunkan

kepercayaan tidak rasional perokok, menurunkan tahap stres, menurunkan tahap

kebergantungan terhadap rokok dan meningkatkan kesediaan berhenti merokok

kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Selain itu, dapatan kajian juga

menunjukkan tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan kesan rawatan antara

kumpulan KRKMT dan KRKMS bagi semua pemboleh ubah terikat kecuali pemboleh

ubah kebergantungan terhadap rokok. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapatnya

pengaruh faktor jumlah tahun merokok terhadap kesan rawatan yang dikawal oleh

kumpulan KRKMT dan KRKMS. Berdasarkan dapatan kajian ini, MKKTRET dilihat

berpotensi memberi sumbangan kepada institusi pendidikan menangani masalah

tingkah laku merokok dalam kalangan remaja melalui perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling. Bukan itu sahaja, dapatan ini juga telah menunjukkan bahawa rawatan

Terapi Rasional Emotif Tingkah laku berpotensi membantu pihak kerajaan terutamanya

Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sama-sama menangani masalah tingkah laku

merokok dalam kalangan remaja.