Komodifikasi muzik Gondang Kombo dalam upacara Saur Matua Batak Toba di Sumatera Utara

Konsep utama dalam upacara komuniti Batak Toba ialah perbincangan mengenai

kesedaran bahawa konsep muzik tradisional mempunyai ciri-ciri idiografis yang tidak

berubah. Penyiasatan ini memberikan tumpuan kepada anali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Monang Asi Sianturi
Format: thesis
Language:zsm
Published: N/A
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10066
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Konsep utama dalam upacara komuniti Batak Toba ialah perbincangan mengenai

kesedaran bahawa konsep muzik tradisional mempunyai ciri-ciri idiografis yang tidak

berubah. Penyiasatan ini memberikan tumpuan kepada analisis: 1). Perubahan dalam

repertoir lagu sebagai hibriditi budaya yang mewujudkan ruang sosial baharu. 2).

Suasana dinamik sosial fikiran manusia berubah dalam varian muzik mengikut

perubahan zaman. Gondang Sabangunan mengalami perubahan bentuk, sifat dan rupa

yang telah disesuaikan dengan kumpulan muzik kombo band moden, tanpa mengubah

struktur budaya muzik tradisional Batak Toba. Mengenal pasti asal usul lagu telah

menjadi sumber inspirasi kepada perubahan sintetik jika dibandingkan dengan

perubahan muzik popular yang digunakan. Pandangan dekonstruksi membolehkan

andaian baru diubah oleh pemuzik dan penonton. Hasil kajian meletakkan identiti

budaya muzik Batak Toba dengan ambivalensi perubahan makna aestetik dan alat

muzik. Kesedaran antara dua pandangan berbeza masa kini dan masa lalu, moden dan

tradisional, luaran dan dalaman, Barat dan Batak, menimbulkan penghujahan ruang

liminal adanya signifikansi atau nilai manfaat tesis ini, dengan meletakkan konsep

Gondang Kombo dalam ruang sosial baharu adat Batak Toba. Kajian ini

menggunakan pendekatan metodologi kualitatif dalam bentuk tinjauan literatur,

pemerhatian, subjek kajian masyarakat setempat, pemuzik dan koleksi muzik serta

pemerhati budaya sebagai responden dan pemberi maklumat.