Pembangunan model pengajaran R-STEM berasaskan projek dengan penerapan elemen membina hubungan untuk pembelajaran Matematik Sekolah Rendah

Tujuan kajian ini adalah membangunkan model pengajaran R-STEM berasaskan projek

dengan penerapan elemen membina hubungan untuk pembelajaran matematik sekolah

rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan re...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Nurizwan Jumiran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10071
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah membangunkan model pengajaran R-STEM berasaskan projek

dengan penerapan elemen membina hubungan untuk pembelajaran matematik sekolah

rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan

pembangunan yang mengandungi tiga fasa. Fasa pertama merupakan fasa analisis

keperluan bagi mengenal pasti keperluan untuk membangunkan model pengajaran RSTEM

berasaskan projek dengan penerapan elemen membina hubungan. Fasa ini

dilaksanakan melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan kaedah tinjauan. Temu

bual separa berstruktur melibatkan 3 orang guru pakar dalam bidang matematik

manakala instrumen soal selidik telah dijawab oleh 400 orang guru matematik sekolah

rendah. Data temu bual telah dianalisis menggunakan analisis tematik, manakala data

soal selidik dianalisis menggunakan analisis deskriptif statistik iaitu min dan sisihan

piawai. Dapatan temu bual dan soal selidik menunjukkan terdapat keperluan untuk

membangunkan model pengajaran R-STEM. Fasa kedua ialah fasa penentuan konstruk

utama dan item dalam setiap konstruk. Fasa ini melibatkan kesepakatan 15 orang panel

pakar dan Teknik Fuzzy Delphi digunakan untuk menganalisis data. Dapatan fasa kedua

menunjukkan terdapat 5 konstruk utama dengan 57 item untuk reka bentuk dan

pembangunan model pengajaran R-STEM. Fasa ketiga merupakan fasa penilaian untuk

menguji keberkesanan penerapan elemen membina hubungan melalui pengaplikasian

model pengajaran R-STEM berasaskan projek bagi topik Wang. Kaedah kuasi

eksperimen telah dilaksanakan yang melibatkan 70 orang murid tahun lima. Dapatan

menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min pencapaian yang signifikan antara

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan (p < 0.05). Kesimpulannya, model

pengajaran R-STEM berasaskan projek berkesan dan sesuai untuk proses penerapan

elemen membina hubungan dalam mata pelajaran matematik di sekolah rendah. Kajian

ini memberikan implikasi yang signifikan kepada guru matematik sekolah rendah

dalam menjadikan model pengajaran ini sebagai panduan bagi meningkatkan

pencapaian murid dalam matematik melalui penerapan elemen membina hubungan

dalam proses PdPc.