Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran kefahaman membaca Bahasa Melayu melalui pendekatan pengajaran bahasa asing dalam kalangan murid bukan penutur natif

Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu pengajaran guru berkaitan ketidakfahaman

membaca murid bukan penutur natif Bahasa Melayu dengan membangunkan modul

pengajaran kefahaman membaca melalui pendekatan pengajaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10075
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu pengajaran guru berkaitan ketidakfahaman

membaca murid bukan penutur natif Bahasa Melayu dengan membangunkan modul

pengajaran kefahaman membaca melalui pendekatan pengajaran bahasa asing.

Pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang mengandungi tiga fasa iaitu

analisis keperluan (tujuh pakar dan 302 dokumen murid), diikuti fasa reka bentuk dan

pembangunan (15 pakar bidang) serta penilaian kebolehgunaan modul (3 pakar, 156

guru dan 13 murid bukan penutur natif). Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan

keperluan enam elemen dalam modul iaitu (1) kaedah pengajaran yang sesuai (2) bahan

pengajaran sesuai dengan tahap kognitif (3) interaksi bermakna (4) ekstralinguistik (5)

motivasi (6) aktiviti kolaborasi dan koperatif berpandu. Dapatan rekabentuk dan

pembangunan modul memperoleh konsensus pakar melebihi 75% dengan seluruh item

yang dipilih memenuhi syarat kesepakatan antara pakar dengan nilai defuzzification

Alpha-Cut (?-Cut) melebihi 0.5 (>0.5) dan nilai threshold(d) kurang daripada 0.2

(<0.2). Bagi purata kesahan kandungan berdasarkan peratusan dan indeks kesahan

kandungan (CVI). Purata kesahan kandungan keseluruhan modul adalah sebanyak 94%

(kemudahgunaan 96.7%, kandungan 90.8%, aktiviti 93.2%, kesesuaian 95.6%,

penilaian 93.8%) dan nilai 1 diperoleh melalui kiraan CVI, I-CVI dan S-CVI. Dapatan

fasa penilaian kebolehgunaan modul melalui temu bual mendapati modul memperoleh

(1) tahap kebolehlaksanaan yang tinggi (2) sesuai dengan keperluan pelajar (3) dapat

menangani organisasi pembelajaran sosial (4) menyumbang kepada sumber

pembelajaran (5) menyokong tingkah laku umum dan motivasi pengguna. Selain itu,

dapatan kebolehgunaan modul yang melalui Usability Pedagogical Test menunjukkan

persetujuan tinggi dalam kalangan pengguna iaitu nilai min (u = 4.0765) dan sisihan

piawai (?x=.55296). Kesimpulannya, penilaian kebolehgunaan modul ini yang

mencapai tahap tinggi menunjukkan ia dapat membantu pengajaran terutama aspek

kefahaman membaca. Implikasinya modul pengajaran aspek kefahaman membaca ini

boleh digunakan bagi mengajar Bahasa Melayu kepada murid bukan penutur natif.