Kompetensi kepimpinan perubahan pengetua dengan efikasi kendiri guru di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan di Semenanjung Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi kepimpinan perubahan

pengetua (KKPP) dan efikasi kendiri guru (EKG) di Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangasaan (SMJK) di Se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Liang, Fei Shin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10076
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi kepimpinan perubahan

pengetua (KKPP) dan efikasi kendiri guru (EKG) di Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangasaan (SMJK) di Semenanjung Malaysia.

Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan

tahap KKPP dan EKG di SMK dan SMJK. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk

mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara KKPP dengan EKG di

SMK dan SMJK serta mengenal pasti dimensi-dimensi KKPP yang menyumbang

kepada EKG. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan instrumen

soal selidik. Sampel kajian melibatkan 383 guru dari SMK dan 357 orang guru dari

SMJK. Dapatan kajian menunjukkan tahap KKPP di SMK (M=5.04; SP=.56) dan

SMJK (M=4.86; SP=.78) berada pada tahap kompeten. EKG berada pada tahap tinggi

iaitu di SMK (M=4.15; SP=.44) dan SMJK (M=4.08; SP=.45). Dapatan kajian

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap KKPP di SMK dan SMJK,

tetapi tidak terdapat perbezaan signifikan bagi tahap EKG mengikut jenis sekolah.

Dapatan Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana dan

signifikan antara KKPP dengan EKG di SMK (r=.366, p<0.01) dan SMJK (r=.376,

p<0.01). Dapatan analisis regresi berganda menunjukkan dimensi Pembudayaan paling

menyumbang kepada EKG di SMK pada tahap (R=.155, =.168) dan SMJK pada

tahap (R=.151, =.209). Manakala dimensi Pembentukan Matlamat hanya

menyumbang kepada SMK pada tahap (R=.144, =.246). Secara rumusannya, dapatan

kajian menunjukkan KKPP dapat meningkatkan EKG di SMK dan SMJK. Kajian ini

membawa implikasi bahawa pihak pengurusan di bawah Kementerian Pendidikan

Malaysia dan pengetua sekolah dapat mengambil langkah-langkah untuk

penambahbaikan dimensi-dimensi yang lemah iaitu Pembangunan Kapasiti dan

Mengurangkan Rintangan dan Konflik agar dapat mempertingkatkan EKG. Selain itu,

dengan mengetahui hubungan antara KKPP dan EKG, kajian ini dapat dijadikan

sebagai rujukan bagi membantu pengetua dan guru-guru memahami hubungan

kompleks antara dua pemboleh ubah tersebut dan membuat persediaan.