Penggunaan kod komunikasi bukan lisan haptik, proksemiks dan kronemiks dalam adat perkahwinan Melayu di Perak

Kajian ini berfokus kepada haptik, proksemiks dan kronemiks yang diperhatikan dalam

adat perkahwinan masyarakat Melayu di Perak. Tiga objektif dirangka untuk kajian ini,

iaitu untuk mengenal pasti penggunaan haptik,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairul Azam Bahari
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10078
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini berfokus kepada haptik, proksemiks dan kronemiks yang diperhatikan dalam

adat perkahwinan masyarakat Melayu di Perak. Tiga objektif dirangka untuk kajian ini,

iaitu untuk mengenal pasti penggunaan haptik, proksemiks dan kronemiks dalam adat

perkahwinan Melayu. Objektif kedua pula menganalisis kepentingan ketiga-tiga aspek ini

dalam adat perkahwinan tersebut dan objektif ketiga menghuraikan globalisasi dan

pengaruh media terhadap haptik, proksemiks dan kronemiks dalam adat perkahwinan

Melayu. Kaedah kualitatif dan reka bentuk kajian etnografi diaplikasikan dalam kajian ini.

Proses pengutipan data melibatkan tujuh buah majlis perkahwinan di kampung-kampung

di pinggir bandar raya Ipoh dan tiga buah hotel di sekitar bandar raya Ipoh. Peralatan audio

video digunakan bagi merakam tingkah laku haptik, proksemiks dan kronemik bersamasama

catatan lapangan yang dibuat dalam tempoh empat bulan melibatkan lebih 90 jam

kajian lapangan. Temu bual bersama 15 orang responden yang terdiri daripada individu

yang mahir menguruskan perkahwinan dan sering menghadiri majlis perkahwinan turut

diadakan. Selain itu, dua orang jurugambar perkahwinan dan dua orang perancang

perkahwinan berpengalaman turut ditemu bual bagi mendapatkan maklumat dan

pengesahan data lapangan dibuat oleh pakar bidang. Data yang diperoleh dikod dan

dianotasi secara tematik manakala analisis dapatan dibincangkan dalam bentuk naratif

mengikut tema. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan haptik, proksemiks

dan kronemiks terangkum dalam adat masyarakat Melayu manakala adab dan pegangan

Islam menjadi elemen penting apabila berkomunikasi secara haptik, proksemiks dan

kronemiks. Hal ini menggambarkan kepentingan menjaga keharmonian serta mewujudkan

keselesaan, penghormatan, dan petunjuk kepada status dan kedudukan. Didapati

globalisasi dan pengaruh media turut mempengaruhi gaya hidup masyarakat Melayu

namun kesannya tidak ketara. Ini menunjukkan bahawa jati diri bangsa Melayu masih

kekal utuh bersandarkan kepada Islam dengan adat bersendi syarak, syarak bersendi

kitabullah. Kajian ini dapat menyumbang kepada pemahaman dan ilmu berkaitan haptik,

proksemiks dan kronemik dan boleh dikembangkan serta diperincikan kepada pelbagai

aspek lain yang masih belum diterokai.