Pembangunan modul Sequin topik Reka Bentuk Fesyen, mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan satu

Kajian ini bertujuan membangunkan modul m-pembelajaran bagi topik Reka Bentuk

Fesyen, mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tingkatan satu dan menilai

kebolehgunaan modul daripada perspektif guru. Modul yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Maswani Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10100
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangunkan modul m-pembelajaran bagi topik Reka Bentuk

Fesyen, mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tingkatan satu dan menilai

kebolehgunaan modul daripada perspektif guru. Modul yang telah dibangunkan diberi

nama Modul Sequin yang berbentuk laman sesawang dan web mudah alih. Isi

kandungan modul direka bentuk berasaskan teori behaviorisme, konstruktivisme, beban

kognitif dan pembelajaran multimedia. Pembangunan modul pula menggunakan model

ADDIE dan penilaian kebolehgunaan modul ini dijalankan oleh guru-guru mata

pelajaran RBT tingkatan satu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) daripada

aspek bahasa, kurikulum, pedagogi dan multimedia serta kosmestik. Populasi kajian ini

adalah 615 guru RBT dan sampel bagi kajian ini telah dipilih secara rawak mudah iaitu

seramai 236 guru RBT berdasarkan jadual sample saiz Krejcie dan Morgan (1970).

Modul Sequin ini telah disahkan dalam aspek kandungan oleh lima orang pakar dan

mendapat kesahan yang tinggi dengan nilai I-CVI iaitu 1.0. Instrumen kajian ini terdiri

daripada borang soal selidik, protokol temu bual separa struktur serta senarai semak

pemerhatian. Kesemua instrumen mendapat kesahan daripada tiga orang pakar dalam

bidang. Kebolehpercayaan soal selidik berdasarkan pekali Alpha Cronbach adalah =

0.990. Dapatan utama kajian menunjukkan guru-guru sangat setuju terhadap

kebolehgunaan Modul Sequin dalam aspek bahasa (M=4.52, SP=0.47), kurikulum

(M=4.51, SP=0.45), pedagogi (M=4.50, SP=0.42) serta multimedia dan kosmetik

(M=4.53, SP=0.45). Ujian-t yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan persepsi guru berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan mengenai

kebolehgunaan modul. Begitu juga dengan ujian ANOVA yang menunjukkan bahawa

tidak terdapat perbezaan persepsi guru yang berbeza pengalaman bekerja terhadap

kebolehgunaan modul. Data kuantitatif ini telah disokong oleh data temu bual di mana

perserta kajian bersetuju bahawa modul tersebut mudah digunakan, menarik dan

interaktif. Data pemerhatian juga turut menyokong data kuantitatif di mana responden

kajian bersetuju bahawa modul ini berguna daripada aspek aktiviti pembelajaran yang

relevan dan mudah diikuti serta visual yang menarik. Penilaian kefahaman pengguna

juga diukur melalui kuiz dan pentaksiran formatif dalam bentuk latihan pengukuhan.

Interaktif modul direka bentuk dengan mengadakan ruangan jom sembang.

Kesimpulannya, Modul Sequin mempunyai nilai kebolehgunaan yang tinggi terutama

dari aspek bahasa, isi kandungan, interaktiviti dan pentaksiran. Implikasi kajian

menunjukkan Modul Sequin ini boleh diakses dan digunakan oleh guru RBT Tingkatan

satu serta boleh dijadikan salah satu bahan bantu mengajar untuk topik Reka Bentuk

Fesyen. Selain itu modul ini juga mampu mengekalkan perhatian murid di dalam kelas

serta menarik minat murid untuk belajar mata pelajaran RBT terutama topik Reka

Bentuk Fesyen.