Kesan Bimbingan Kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti terhadap psikologi murid berpencapaian rendah

<p>Kajian eksperimen ini bertujuan mengkaji Kesan Bimbingan Kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti (BKTPTR) terhadap tiga aspek psikologi murid iaitu Kepuasan dan Kekecewaan Keperluan Psikologi Asas (KKKAP), Ketakutan Menghadapi Kegagalan (KMK) dan Kecerdasan Menghadapi Cabaran (KMC). K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Fathihah Nor Azhar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10105
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian eksperimen ini bertujuan mengkaji Kesan Bimbingan Kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti (BKTPTR) terhadap tiga aspek psikologi murid iaitu Kepuasan dan Kekecewaan Keperluan Psikologi Asas (KKKAP), Ketakutan Menghadapi Kegagalan (KMK) dan Kecerdasan Menghadapi Cabaran (KMC). Keberkesanan intervensi BKTPTR diukur daripada aspek pengurangan kekecewaan keperluan psikologi asas, peningkatan kepuasan keperluan psikologi asas, ketakutan menghadapi kegagalan dan kecerdasan menghadapi cabaran bagi kumpulan rawatan. Reka bentuk kajian menggunakan kuasi eksperimen praujian dan pascaujian. Kajian dijalankan terhadap murid tingkatan dua dan empat sebuah sekolah di daerah Kuantan. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan tiga soal selidik kajian iaitu Skala Kepuasan dan Kekecewaan Keperluan Psikologi Asas, Inventori Penilaian Kegagalan Prestasi dan Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran. Seramai 120 subjek dipilih memasuki dua kelompok iaitu kelompok kawalan dan dua kelompok rawatan. Subjek kelompok rawatan menjalani lapan sesi kelompok mingguan dalam masa lapan minggu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif, MANOVA, MANCOVA, pairwise comparisons dan Post Hoc Tukey. Dapatan kajian mendapati rawatan BKTPTR berkesan dalam (i) meningkatkan tahap kepuasan keperluan asas psikologi dan mengurangkan tahap kekecewaan keperluan asas psikologi, (ii)meningkatkan tahap KMK dan (iii) meningkatkan tahap KMC. Kajian ini mendapati bahawa kumpulan menengah (perbandingan umur) mempunyai hubungan signifikan dengan dua pemboleh ubah utama iaitu KKKAP dan KMC serta subskala kepuasan autonomi, kawalan, pemilikan dan jangkauan. Selain itu, faktor jantina pula mempunyai hubungan signifikan dengan dua pemboleh ubah utama iaitu KMK dan KMC serta subskala KP hubungan, KK kecekapan, KMRMMM, KPHD,KHPS, KMOT, kawalan, pemilikan dan ketahanan. Implikasi dan cadangan kajian telah dibincangkan dalam kajian ini. Kesimpulannya, modul BKTPTR mampu memberikan kesan dalam menangani aspek psikologi murid berpencapaian rendah di sekolah.</p>