Media sosial sebagai medium pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid menengah atas

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan media sosial sebagai

medium pembelajaran Pendidikan Islam, jenis aplikasi media sosial yang paling

diminati, dan cabaran penggunaannya. Pendekatan kua...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10110 |
Tags: | Add Tag |
Summary: |
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan media sosial sebagai

medium pembelajaran Pendidikan Islam, jenis aplikasi media sosial yang paling

diminati, dan cabaran penggunaannya. Pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk

kajian tinjauan telah dipilih untuk melaksanakan kajian ini. Instrumen kajian yang

digunakan adalah borang soal selidik yang dibina hasil adaptasi dan melalui proses

kesahan dan kebolehpercayaan. Seterusnya, pengkaji telah mengedar borang soal

selidik kepada 346 orang murid menengah atas yang beragama Islam di Daerah Kinta

Utara dengan menggunakan kaedah pensampelan kelompok. Data dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil analisis

deskriptif ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratusan, mod, min, dan sisihan piawai.

Manakala analisis inferensi diperolehi melalui Ujian-t dan Ujian korelasi Pearson.

Hasil kajian melalui analisis deskriptif mendapati bahawa tahap penggunaan media

sosial dalam proses pembelajaran Pendidikan Islam adalah tinggi dan menunjukkan

murid-murid telah menerima baik medium ini sebagai salah satu medium pembelajaran.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan aplikasi Telegram merupakan aplikasi media

sosial yang paling diminati oleh murid-murid. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat

cabaran dalam penggunaan media sosial sebagai medium pembelajaran Pendidikan

Islam. Menerusi analisis inferensi, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap penggunaan media sosial sebagai medium pembelajaran

Pendidikan Islam antara murid lelaki dan perempuan. Seterusnya, dapatan kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara tahap dan cabaran penggunaan

media sosial sebagai medium pembelajaran Pendidikan Islam. Kesimpulannya, media

sosial merupakan medium yang dapat membantu pembelajaran Pendidikan Islam,

namun terdapat cabaran-cabaran dalam perlaksanaannya yang perlu diperhalusi.

Justeru, hasil kajian ini memberi impak kepada KPM dan juga warga pendidikan amnya

untuk merangka cadangan penyelesaian bagi cabaran dan permasalahan yang timbul

dalam menjayakan pembelajaran Pendidikan Islam menerusi media sosial.