Keberkesanan pembelajaran berasaskan projek Site123 terhadap pencapaian penulisan karangan jenis fakta murid tingkatan empat

Kajian dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran berasaskan projek

(PBP) Site123 terhadap pencapaian penulisan karangan jenis fakta murid tingkatan

empat. Objektif kajian pertama adalah mengkaji taha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hidayatul Ajmal Tholibon
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10115
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran berasaskan projek

(PBP) Site123 terhadap pencapaian penulisan karangan jenis fakta murid tingkatan

empat. Objektif kajian pertama adalah mengkaji tahap karangan murid dalam praujian

dan pascaujian bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan secara keseluruhan.

Objektif kajian kedua adalah mengenal pasti tahap karangan murid berdasarkan wacana

dan pemerengganan karangan dalam praujian dan pascaujian bagi kumpulan kawalan

dan rawatan secara keseluruhan. Objektif kajian ketiga adalah mengkaji perbezaan skor

min karangan murid dalam praujian dan pascaujian bagi kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah

yang digunakan berbentuk eksperimen kuasi. Seramai 60 orang responden iaitu murid

tingkatan empat terlibat dalam kajian ini dari salah sebuah sekolah menengah di daerah

Kampar, Perak. Responden kajian ialah kumpulan murid yang telah dikenal pasti dan

ditentukan oleh pihak sekolah (intact group) dan setara dari aspek pencapaian, umur

serta aliran. Kumpulan pertama merupakan kumpulan kawalan yang menggunakan

kaedah tradisional manakala kumpulan kedua merupakan kumpulan rawatan yang

menggunakan PBP Site123 dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) karangan.

Markah praujian dan pascaujian dianalisis menggunakan statistik ujian-T dalam

program Statistical Package for Social Science 26.0. Dapatan kajian menunjukkan

tahap karangan murid meningkat daripada tahap memuaskan kepada tahap baik dalam

kumpulan rawatan. Skor min pascaujian bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi

(42.73) berbanding praujian (33.43) bagi kumpulan yang sama sekaligus menunjukkan

peningkatan tahap karangan selepas menggunakan PBP Site123. Dapatan yang sama

juga menunjukkan PBP dapat meningkatkan skor karangan dengan lebih

signifikan(t=0.00) berbanding pendekatan konvensional (t=0.52) sekaligus

menunjukkan kumpulan rawatan berprestasi baik berbanding kumpulan kawalan.

Dapatan kajian ini memberi implikasi dalam amalan PdP semasa. PBP Site123

merupakan pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru kerana mampu meningkatkan

markah karangan murid secara signifikan. Guru Bahasa Melayu boleh menggunakan

PBP Site123 sebagai pendekatan yang mampu membantu murid untuk mengarang

dengan lebih baik terutama karangan jenis fakta.