Kesan kaunseling kelompok rebt terhadap simpton stres dalam kalangan staf jabatan dalam sebuah agensi kerajaan (IR)

Kajian ini melibatkan dua peringkat, iaitu kajian awal secara tinjauan dan kajian eksperimen. Terdapat tiga (3) tujuan kajian awal iaitu; Pertama, mengukur tahap stres secara keseluruhan; Kedua, mengukur tahap elemen-elemen simptom stres iaitu Somatizasi (SOM), Obsesif- Kompulsif (OC), interpersonal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdulllah Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1013
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini melibatkan dua peringkat, iaitu kajian awal secara tinjauan dan kajian eksperimen. Terdapat tiga (3) tujuan kajian awal iaitu; Pertama, mengukur tahap stres secara keseluruhan; Kedua, mengukur tahap elemen-elemen simptom stres iaitu Somatizasi (SOM), Obsesif- Kompulsif (OC), interpersonal-Sensitiviti (IS), Kemurungan (DEP, Kebimbangan (ANX), Permusuhan (HOS), Fobia (POB), Pemikiran Paranoid (PAR), Psikotisme (PSY) dan Dimensi Tambahan (AD); dan Ketiga, mengukur tahap stres keseluruhan berdasarkan daerah bertugas dalam kalangan staf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Johor. Kajian awal melibatkan subjek kajian seramai 240 orang (120 lelaki; 120 perempuan) dipilih secara persampelan rawak berstrata. Data dikumpul menggunakan Inventori Simptom SCLR-R-90 (Symptom Inventory version of the SCL-R-90) dan dianlisis secara perbandingan peratusan dan min. Dapatan kajian tinjauan menunjukkan 23% subjek mengalami tahap stres yang tinggi. Antara elemen stres pula menunjukkan tahap IS adalah tertinggi dan diikuti OC, ANX, DEP, HOS, PAR, SOM, FOB, AD dan PSY. Tahap stres tertinggi berdasarkan daerah pula menunjukkan staf daerah Batu Pahat adalah paling tinggidiikuti daerah Kluang. Pontian, Johor Bahru, Segamat, Kota Tinggi, Mersing dan Muar. Kajian eksperimen pula bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok REBT terhadap elemen simptom stres tertinggi iaitu IS, OC, ANX, DEP dan HOS berdasarkan ukuran pra ujian dan pos ujian antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Subjek terdiri daripada daripada 60 orang (30 lelaki dan 30 perempuan) di daerah Batu Pahat, Kluang dan Pontian yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Subjek diagihkan kepada enam (6) kumpulan iaitu empat (4) kumpulan rawatan (kumpulan rawatan mingguan lelaki, kumpulan rawatan mingguan perempuan, kumpulan rawatan maraton lelaki, dan kumpulan rawatan maraton perempuan; serta dua (2) kumpulan kawalan iaitu kumpulan kawalan lelaki dan kumpulan kawalan perempuan. Data pra ujian dan pos ujian dikumpul menggunakanInventori Simptom SCLR-R-90 dan dianalisis menggunakan ANCOVA, MANCOVA dan Pos Hoc pada nilai signifikan 0.05. Dapatan kajian eksperimen menunjukkan Kaunseling Kelompok REBT berkesan terhadap semua pembolehubah kajian iaitu IS(F 4.463; k