Kesan kaedah suai gabung graf terhadap kemahiran menggraf gerakan linear dalam kalangan pelajar sekolah menengah (IR)

Kajian ini bertujuan menentukan kesan penggunaan kaedah Suai Gabung Graf (SGG) terhadap kemahiran di dalam topik Gerakan Linear dalam Fizik Tingkatan Empat. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan kaedah eksperimen kuasi. Skor pelajar dikumpul dengan menggunakan Penilaian Kemahiran Menggraf Gerakan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Afandi Samat
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2015
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1018
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan menentukan kesan penggunaan kaedah Suai Gabung Graf (SGG) terhadap kemahiran di dalam topik Gerakan Linear dalam Fizik Tingkatan Empat. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan kaedah eksperimen kuasi. Skor pelajar dikumpul dengan menggunakan Penilaian Kemahiran Menggraf Gerakan Linear (PKM). Instrumen tersebut ditadbirkan dalam dua sesi pengujian iaitu praujian dan pascaujian yang setara. Perbandingan min skor pelajar dianalisis menggunakan ujian-t. Seramai 197 orang pelajar Tingkatan Empat telah dipilih sebagai sampel dan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 101 orang dalam kumpulan kawalan dan 96 orang dalam kumpulan ujikaji. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran menggraf gerakan linear kedua-dua kumpulan menunjukkan peningkatan yang signifikan. Namun begitu, tiada perbezaan yang signifikan antara min skor pascaujian kedua-dua kumpulan tersebut. Kesimpulannya, kaedah SGG memberikan kesan interaksi positif yang lebih tinggi terhadap kemahiran menggraf gerakan linear dalam kalangan pelajar. Implikasinya, penggunaan kaedah SGG menambahkan kepelbagaian pilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Gerakan Linear.