Pembangunan dan kebolehgunaan garis panduan pelaksanaan program komuniti membaca

Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah pelaksanaan program membaca yang

dalam kalangan komuniti melalui pembangunan garis panduan. Pendekatan Reka

Bentuk dan Pembangunan yang terdiri daripada fasa analisis kep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azizah Arsad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10197
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah pelaksanaan program membaca yang

dalam kalangan komuniti melalui pembangunan garis panduan. Pendekatan Reka

Bentuk dan Pembangunan yang terdiri daripada fasa analisis keperluan, reka bentuk

dan pembangunan serta penilaian digunakan dalam penyelidikan ini. Sampel fasa

analisis keperluan terdiri daripada tujuh orang pakar menggunakan protokol temu bual

dan 30 dokumen sebagai alat kajian. Sejumlah 30 orang pakar terlibat dengan soal

selidik Fuzzy Delphi (FDM1 dan FDM 2) sementara lima orang pakar terlibat dengan

temu bual dalam fasa reka bentuk dan pembangunan. Terdapat 11 orang pakar terlibat

dengan temu bual dalam fasa penilaian. Data bagi temu bual dianalisis secara tematik

menggunakan ATLAS.ti 9 sementara buku rekod bacaan dianalisis secara diskriptif.

Data bagi soal selidik pula dianalisis menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Dapatan fasa

analisis keperluan menunjukkan kesepakatan pakar terhadap keperluan membangunkan

Garis Panduan Pelaksanaan Program Komuniti Membaca (GPPPKM). Dapatan fasa

reka bentuk dan pembangunan pula menunjukkan kesepakatan pakar terhadap konstruk

dan elemen bagi membangunkan GPPPKM iaitu memenuhi syarat nilai threshold lebih

kecil daripada 0.2 (d<0.2), kesepakatan pakar melebihi 75% dan nilai alpha-cut

melebihi 0.5 (-cut>0.5). Proses defuzzification menunjukkan keutamaan konstruk

Komuniti (92%) yang dijadikan fokus kajian. Dapatan fasa penilaian menunjukkan

kesepakatan pakar terhadap kebolehgunaan garis panduan menggunakan aspek

teknologi, kebolehgunaan dan pelaksanaan. Kajian ini dapat mengatasi masalah

pelaksanaan program membaca serta membantu pelaksana Dasar Galakan Membaca

(DGM) melaksanakan aktiviti membaca dalam kalangan komuniti. Aplikasi GPPPKM

dalam komuniti memberi impak yang besar terhadap kegiatan membaca seterusnya

berupaya memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.