Prinsip kerasulan sebagai insan kamil membentuk modal insan dalam novel Imam dan Mereka Yang Tertewas

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ciri-ciri konsep Insan Khalifah, Insan

Rabbani dan Insan Kamil serta mengenal pasti sifat-sifat kerasulan insan

Kamil yang ada pada watak Haji Mihad dan Lebai Pa. Kajian ini j...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaidi Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10199
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ciri-ciri konsep Insan Khalifah, Insan

Rabbani dan Insan Kamil serta mengenal pasti sifat-sifat kerasulan insan

Kamil yang ada pada watak Haji Mihad dan Lebai Pa. Kajian ini juga

bertujuan untuk membuktikan novel Imam (1995) karya Abdullah Hassan dan

novel Mereka Yang Tertewas (1991) karya Hasanuddin Md Isa dapat

membantu ke arah pembentukan modal insan. Kajian ini merupakan sebuah

kajian berbentuk kualitatif menggunakan kaedah kepustakaan, analisis

kandungan dan analisis deskriptif. Prinsip kerasulan sebagai insan Kamil

dalam Teori Takmilah janaan Shafie Abu Bakar (1997) telah dimanfaatkan

sebagai kerangka analisis. Data kajian dianalisis bersandarkan prinsip

kerasulan sebagai insan Kamil dan tiga konsep keinsanan. Hasil analisis

menunjukkan bahawa keperibadian watak-watak ini sejajar dengan konsep

Insan Khalifah dan Insan Rabbani. Sifat-sifat watak yang bijak mengurus dan

memimpin keluarga serta masyarakat, bertakwa dan beriman selaras dengan

konsep Insan Khalifah dan Insan Rabbani. Namun begitu, ciri-ciri insan

sempurna pada diri watak-watak kurang sejajar dengan konsep Insan Kamil

kerana terdapat beberapa kelemahan pada diri watak-watak seperti akidah

Iman Haji Mihad yang diragui sehingga dianggap membawa fahaman

songsang dalam kalangan masyarakat manakala Lebai Pa pula tidak mendapat

sokongan yang sepenuhnya daripada masyarakat untuk kembali kepada ajaran

Islam. Namun begitu, secara keseluruhannya, watak-watak utama berjaya

membimbing masyarakat agar kembali mengamalkan cara hidup Islam yang

sebenarnya. Kajian ini membuktikan bahawa watak-watak utama dalam novel

yang dikaji dapat dijadikan contoh dalam pembentukan keperibadian insan

terpuji dalam kalangan masyarakat berasaskan konsep Insan Khalifah dan

Insan Rabbani sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam. Implikasi kajian

menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai murni dalam masyarakat

seterusnya membantu ke arah pembentukan modal insan dalam masyarakat.