Mekanisme penyelesaian pertikaian wilayah antara Malaysia dengan negara jiran: kajian kes sempadan laut Sulawesi dan Limbang

<p>Sebagai sebuah negara membangun yang terletak strategik di rantau Asia Tenggara, Malaysia berdepan dengan ancaman pertikaian wilayah dan maritim daripada negara-negara jirannya terutama sekali selepas Pengisytiharan Peta Baru tahun 1979. Berdasarkan isu pertikaian ini, persoalan kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nadirah Mohd Azmi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10207
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Sebagai sebuah negara membangun yang terletak strategik di rantau Asia Tenggara, Malaysia berdepan dengan ancaman pertikaian wilayah dan maritim daripada negara-negara jirannya terutama sekali selepas Pengisytiharan Peta Baru tahun 1979. Berdasarkan isu pertikaian ini, persoalan kajian yang di bincangkan adalah untuk melihat kepentingan mekanisme rundingan secara bilateral berbanding mekanisme lain dalam menyelesaikan pertikaian wilayah melalui dua kajian kes yang dipilih iaitu kes sempadan Laut Sulawesi dan Limbang. Terdapat tiga objektif utama kajian ini. Pertama menganalisa sorotan isu-isu pertikaian wilayah yang pemah dihadapi Malaysia serta mekanisme yang dipilih. Kedua, mengkaji mekanisme yang dipilih serta faktor yang mengekang konflik tersebut melalui kajian kes pertikaian di Laut Sulawesi dan di Limbang dan ketiga mengkaji sejauhmana mekanisme rundingan secara bilateral berkesan untuk digunakan dalam kajian kes sempadan Laut Sulawesi dan Limbang. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi pengumpulan data dan maklumat serta mengaplikasikanteori liberalisme serta konsep-konsep seperti kebergantungan, kerjasama serta konflik dan pengurusan konflik sebagai panduan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa Malaysia memilih untuk menggunakan pendekatan rundingan bilateral berbanding mekanisrne secara multilateral bagi mempertahankan kepentingannya dari sudut wilayah yang dituntut tersebut dan pada masa yang sama bertindak untuk menjaga hubungan baik dengan negara jiran akibat kebergantungan yang wujud. Malaysia mengelak daripada menggunakan mekanisme multilateral atau campur tangan pihak ketiga dalam menyelesaikan pertikaian kerana wujud kelemahan mekanisme tersebut yang antaranya adalah penglibatan pelbagai pihak dalam isu pertikaian wilayah antara dua negara hanya akan merumitkan penyelesaian yang bakal diperoleh. Mekanisme ini juga dipilih disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti faktor keselamatan, ekonomi serta sosial. Pengaruh faktor-faktor ini dilihat mempengaruhi pertimbangan Malaysia dalam membuat keputusan.</p>