Pembangunan Modul Aktiviti Kepelbagaian Deria Kanak-Kanak Bawah Umur Dua Tahun

Kajian dilaksanakan bertujuan membangunkan Modul Aktiviti Kepelbagaian Deria

Kanak-Kanak Bawah Umur Dua Tahun sebagai usaha meningkatkan kemahiran

penggunaan kepelbagaian deria seterusnya memberi kefahaman lebih jel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syazwani Aniyah Manja
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10210
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian dilaksanakan bertujuan membangunkan Modul Aktiviti Kepelbagaian Deria

Kanak-Kanak Bawah Umur Dua Tahun sebagai usaha meningkatkan kemahiran

penggunaan kepelbagaian deria seterusnya memberi kefahaman lebih jelas terhadap

proses pembelajaran yang dilalui. Penyelidikan menggunakan kajian Rekabentuk dan

Pembangunan (Design & Development Research DDR) terdiri daripada tiga fasa iaitu

fasa pertama merupakan fasa analisis keperluan menggunakan kaedah tinjauan melalui

soal selidik ke atas 210 sampel merupakan guru-guru yang mengajar di Taska berdaftar

di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak. Fasa kedua merupakan

fasa reka bentuk pembangunan modul bertujuan mengenalpasti komponen utama dan

elemen-elemen berkaitan aktiviti kepelbagaian deria menggunakan soal selidik dan

temubual bersama 17 orang pakar yang mempunyai kepakaran bidang pendidikan awal

kanak-kanak iaitu pensyarah, guru dan pegawai kebajikan masyarakat (JKM).

Seterusnya adalah fasa penilaian kebolehgunaan modul menggunakan soal selidik dan

soalan temubual bersama 13 orang pakar terdiri daripada guru-guru dan tujuh orang

pakar bidang. Dapatan analisis keperluan menunjukkan terdapat keperluan untuk

membangunkan Modul Aktiviti Kepelbagaian Deria Kanak-Kanak Bawah Umur Dua

Tahun untuk guru-guru. Untuk fasa kedua, melalui analisis Teknik Fuzzy Delphi, tujuh

komponen modul dan 27 elemen telah ditentukan dengan nilai threshold (d) 0.2,

kesepakatan pakar 75% dan nilai - cut = 0.5. Dapatan fasa ketiga melalui Teknik

Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT) menunjukkan kesepakatan pakar

melebihi 80% terhadap kesemua item yang disenaraikan dalam modul. Hasil temubual

dijalankan ke atas tujuh orang pakar menunjukkan terdapat persetujuan terhadap modul

yang dibangunkan akan meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak dan

pengetahuan guru melalui perlaksanaan aktiviti kepelbagaian deria. Kesimpulannya,

pembangunan Modul Aktiviti Kepelbagaian Deria adalah selaras dengan kehendak dan

keperluan guru-guru serta mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi berdasarkan

proses pembangunan dan penilaian yang dilaksanakan. Implikasi kajian pembangunan

Modul Aktiviti Kepelbagaian Deria memberikan manfaat besar kepada perkembangan

deria kanak-kanak dan sistem pendidikan awal kanak-kanak Malaysia, khususnya

untuk kanak-kanak bawah umur dua tahun.