Perilaku membisu pekerja Melayu dalam organisasi Jerman di Malaysia

Isu perilaku membisu dalam organisasi penting untuk dikaji kerana memberi kesan

kepada aspek teoritikal dan praktikal kepada pihak pengurusan organisasi khususnya

organisasi multinasional. Memandangkan isu ini masih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Robe\'ah Yusuf
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10213
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Isu perilaku membisu dalam organisasi penting untuk dikaji kerana memberi kesan

kepada aspek teoritikal dan praktikal kepada pihak pengurusan organisasi khususnya

organisasi multinasional. Memandangkan isu ini masih kurang diberi perhatian di

Malaysia, maka kajian ini memberi fokus kepada perilaku membisu dalam kalangan

pekerja Melayu dalam organisasi Jerman yang beroperasi di Malaysia. Justeru, objektif

kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh iklim komunikasi, tarikan penampilan

dan jenis personaliti (ekstrovert-introvert) terhadap perilaku membisu serta mengenal

pasti faktor demografi seperti tempoh perkhidmatan dan kemahiran bahasa sebagai

penyederhana (moderator) dalam mempengaruhi hubungan antara personaliti

(ekstrovert-introvert), iklim komunikasi, tarikan penampilan terhadap perilaku

membisu sebagai pemboleh ubah terikat. Kaedah kuantitatif digunakan untuk

mengumpul data dengan pengedaran borang soal selidik kepada 360 orang pekerja

Melayu di empat sektor utama (industri, perkhidmatan, perbankan, pendidikan/lainlain).

Lokasi kajian ditumpukan di Lembah Klang khusunya estet perindustrian utama

di negara kita. Kajian ini mendapati iklim komunikasi, tarikan penampilan dan jenis

personaliti (ekstrovert-introvert) mempengaruhi perilaku membisu secara signifikan.

Ini bermakna terdapat isu-isu yang mempengaruhi tingkah laku pekerja Melayu dalam

penyampaian maklumat ke atas. Dapatan kajian ini dapat membantu pengurusan

mengenal pasti tingkah laku pekerja Melayu dengan penggalakkan penyaluran

maklumat secara holistik dalam organisasi. Menariknya, pandangan ketua terdekat

berbangsa Jerman terhadap para pekerja Melayu ini adalah positif dan menganggap

bahawa pegangan masyarakat dan agama boleh mempengaruhi perilaku para pekerja

Melayu yang difokuskan. Kajian ini juga menyumbang pengetahuan tentang sikap

pekerja khususnya bangsa Melayu dari segi teoritikal, praktikal dan sudut pandangan

orang Melayu apabila bekerja dalam organisasi multinasional.