Kolerasi antara indeks jisim badan dengan kecergasan kardiovaskular pelajar tingkatan enam Kawasan Masjid Tanah, Melaka

<p>Kajian Korelasi antara Indeks Jisim Badan dengan Kecergasan Kardiovaskular pelajar Tingkatan Empat Kawasan Masjid Tanah, Melaka adalah sangat penting. Objektif Utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara Indeks Jisim Badan dengan Kecergasan Kardiovaskular pelajar le...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramli Taib
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10217
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian Korelasi antara Indeks Jisim Badan dengan Kecergasan Kardiovaskular pelajar Tingkatan Empat Kawasan Masjid Tanah, Melaka adalah sangat penting. Objektif Utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara Indeks Jisim Badan dengan Kecergasan Kardiovaskular pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 16 belas tahun sekolah menengah. Selain itu, kajian ini ingin melihat perbezaan Kadar Nadi Latihan dengan Kadar Nadi Pemulihan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kajian ini dijalankan di lima buah sekolah menengah di kawasan Masjid Tanah, Melaka, Pelajar sekolah yang berumur 16 tahun (n = 306). Kaedah penyelidikan secara post-experimental telah digunakan dalam kajian ini. Data mentah yang diperoleh akan dianalisa menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS). Ujian korelasi Pearson Product Moment digunakan untuk menjawab hipotesis pertama dan hipotesis kedua, Dapatan menunjukkan terdapat perhubungan positif yang kuat dan signifikan antara lndeks Jisim Badan dan Kecergasan Kardiovaskular dari kedua-dua kaedah iaitu nilai korelasi .93 untuk skor mentah dan .83 mengikut kategori SEGAK bagi pelajar lelaki. Untuk pelajar perempuan, dapatan menunjukkan terdapat perhubungan positif yang kuat dan signifikan di antara Indeks Jisim Badan dan Kecergasan Kardiovaskular dari kedua-dua kaedah yang digunakan iaitu nilai korelasi .67 untuk skor mentah dan .63 untuk data mengikut kategori SEGAK. Dengan ini, hipotesis nol ditolak dan hipotesis altematif diterima, Ujian - t digunakan untuk mencari perbezaan masa Kadar Nadi Latihan dan Kadar Nadi Pemulihan pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk menjawab hipotesis nol ketiga dan hipotesis nol keempat. Hasil dapatan, Kadar Nadi Latihan (M = 110.90, SD 16.31 dan t = 84.10 dan Kadar Nadi Pemulihan (M = 63.92, SD 7.88 dan t = 100.32) bagi pelajar lelaki dan hipotesis nol keempat Kadar Nadi Latihan (M = 122.24, SD 20.02 t = 75.51 ) dan Kadar Nadi Pemulihan (M = 71.97, SD 7.03 dan t = 126.55 ) pelajar perempuan. Dapatan ini menunjukan hipotesis nol di tolak dan hipotesis altematif diterima kerana terdapat perbezaan yang signifikan kadar Nadi Latihan dan Kadar Nadi Pemulihan bagi pelajar lelaki dan perempuan tingkatan empat sekolah menengah.</p>