Hubungan penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik di kalangan atlet sekolah menengah

<p>Kajian ini dibuat untuk melihat hubungan antara penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik di kalangan atlet sekolah menengah di Daerah Tambunan.Responden kajian ini adalah seramai 180 orang pelajar Tingkatan 4 yang terlibat dalam sukan dari Tingkatan Tiga lagi dan sekurang-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jais Siarus
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10227
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini dibuat untuk melihat hubungan antara penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik di kalangan atlet sekolah menengah di Daerah Tambunan.Responden kajian ini adalah seramai 180 orang pelajar Tingkatan 4 yang terlibat dalam sukan dari Tingkatan Tiga lagi dan sekurang-kurangnya mewakili sekolah dalam bidang sukan di Daerah Tambunan. Tidak ada Teknik pengambilan sam pel digunakan kerana populasi kajian adalah juga sampel. Sampel kajian ini diambil daripada empat buah sekolah menengah yang ada di Daerah Tambunan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pembolehubah kajian adalah menggunakan satu set soal selidik. Teknik analisis statistik deskriptif, korelasi pekali pearson, Ujian-t dan ANOVA sehala digunakan bagi menganalisis data melalui perisian SPSS 11.5. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik. 8egitu juga dapatan tentang tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penglibatan dan jantina dengan pencapaian akademik. Sementara itu, perbezaan dan segi pelajar sekolah kawasan luar bandar dengan pelajar Kawasan bandar menunjukkan terdapat perbezaan dari aspek pencapaian akademik.</p>