Tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki Bawah 16 tahun di SMK Penrissen No.1, Kuching, Sarawak

<p>Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki bawah 16 tahun yang mewakili SMK Penrissen No.1, Kuching. Seramai 20 orang subjek terlibat bagi ujian ketangkasan, iaitu ujian Lari Ulang-alik 30 kaki, Ujian Ketangkasan Illinois dan Uj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahat@Salim Angas
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10228
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki bawah 16 tahun yang mewakili SMK Penrissen No.1, Kuching. Seramai 20 orang subjek terlibat bagi ujian ketangkasan, iaitu ujian Lari Ulang-alik 30 kaki, Ujian Ketangkasan Illinois dan Ujian Larian Ketangkasan SEMO. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu sepuluh orang subjek kumpulan eksperimen dan sebahagian lagi dalam kumpulan kawalan. Kaedah ujian-t 'paired sample test ' dan 'independent sample test' digunakan bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dan pra-ujian dengan pasca ujian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap ketangkasan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan selepas menjalani intervensi kajian (Iatihan ketangkasan dan tanpa latihan ketangkasan) dalam Ujian ulang-alik (p=.OOI) Ujian Larian SEMO (p=.OOO) dan Ujian Ketangkasan Illinois (p=.014). Keputusan menunjukkan pemain yang menganggotai kumpulan eksperimen lebih tangkas secara signifikan daripada pemain kumpulan kawalan setelah menjalankan latihan ketangkasan selama lima minggu. Oleh itu, perlu ada ujian dan latihan yang terancang dan sesuai dilakukan untuk meningkatkan tahap ketangkasan pemain bola sepak supaya dapat menghasilkan kemahiran, teknik dan mutu permainan yang optimum di sekolah ini.</p>