Pengaruh faktor meteorologi terhadap konsentrasi dan corak sebaran PM10 di bandar Ipoh, Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap konsentrasi partikel terampai (PM) dan

menganalisis hubungan PM terhadap parameter meteorologi yang terdiri daripada

suhu, kelembapan bandingan, dan halaju angin serta corak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hashiq Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10239
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap konsentrasi partikel terampai (PM) dan

menganalisis hubungan PM terhadap parameter meteorologi yang terdiri daripada

suhu, kelembapan bandingan, dan halaju angin serta corak sebaran PM di bandar Ipoh,

Perak. Teori The Air Pollution Model (TAPM) digunakan sebagai kerangka untuk

mengkaji fenomena pencemaran udara yang dipengaruhi oleh parameter meteorologi.

Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan korelasi secara

longitudinal. Sebanyak 10 stesen persampelan yang dipilih berdasarkan guna tanah di

sekitar bandar Ipoh untuk merekodkan tahap konsentrasi PM dan parameter

meteorologi. Pencerapan data dilakukan selama satu minggu semasa Monsun Barat

Daya (MBD), Monsun Timur Laut (MTL), dan peralihan monsun. Data dianalisis

secara deskriptif dan inferensi; bagi menunjukkan tahap konsentrasi PM serta

hubungannya dengan tiga parameter meteorologi. Teknik Inverese Distance Weighted

(IDW) digunakan untuk membentuk corak sebaran PM. Berdasarkan hasil dapatan

deskriptif, S6 (Tasek) merekodkan konsentrasi PM tertinggi semasa MBD (273.60

g/m3), MTL (109.30 g/m3), dan peralihan monsun (174.80 g/m3). Manakala,

analisis korelasi Spearman menunjukkan bahawa parameter meteorologi mempunyai

hubungan signifikan terhadap konsentrasi PM semasa peralihan monsun; suhu ( =

.254), kelembapan bandingan ( = -.262), halaju angin ( = -.448). Hasil corak sebaran

yang dibentuk PM pula menunjukkan pelbagai variasi terhadap tahap konsentrasi

PM di setiap stesen mengikut musim. Implikasi daripada kajian adalah dalam bentuk

sumbangan kepada literatur berkenaan PM serta membekalkan maklumat-maklumat

penting khususnya kepada Jabatan Alam Sekitar Malaysia, yang mana kajian ini

menunjukkan bahawa tahap konsentrasi PM bersifat dinamik serta dipengaruhi oleh

keadaan ciri cuaca dan iklim di sesebuah kawasan. Iplikasi daripada kajian ini turut

mengharapkan Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia dapat diteliti semula bagi

mewujudkan kualiti udara yang seimbang pada masa akan datang.