Analisis eksploratori pemahaman konsep jirim dan haba dalam kalangan murid sekolah rendah (IR)

Kajian ini bertujuan menilai pemahaman konsep Jirim dan Haba dalam kalangan murid sekolah rendah. Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini melibatkan 289 murid sebagai responden daripada enam buah sekolah rendah di sekitar Selangor dan Perak. Instrumen yang digunakan ialah dua set soalan u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairul Bariyah Abd Kadir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1024
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai pemahaman konsep Jirim dan Haba dalam kalangan murid sekolah rendah. Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini melibatkan 289 murid sebagai responden daripada enam buah sekolah rendah di sekitar Selangor dan Perak. Instrumen yang digunakan ialah dua set soalan ujian bagi tajuk Jirim dan Haba yang setiap satunya mengandungi enam item soalan terbuka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap prakonsepsi murid-murid Tahun Tiga berada di tahap tinggi bagi konsep Jirim dan Haba. Walaubagaimanapun, bagi murid- murid Tahun Lima, tahap miskonsepsi adalah sederhana. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan murid mengalami kesukaran dalam menerangkan sifat jirim, menjelaskan perubahan fasa yang berlaku terhadap jirim serta mendefinisikan konsep haba. Kesimpulannya, miskonsepsi dalam kalangan murid Tahun Lima terhadap tajuk Jirim dan Haba masih kekal walaupun mereka telah mempelajari tajuk ini selama dua tahun. Implikasi kajian adalah guru seharusnya cuba sedaya upaya mengatasi miskonsepsi murid dalam tajuk Jirim dan Haba dan seterusnya dapat mengamalkan aktiviti pedagogi yang sesuai untuk mengurangkan dan mengatasi masalah ini.