Pembangunan dan kebolehgunaan modul pembangunan produk bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pengajaran dan mengenal

pasti kebolehgunaan modul ke atas guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

dari aspek kesesuaian reka bentuk pembangunan modul dan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Najwa Yusoff
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10243
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pengajaran dan mengenal

pasti kebolehgunaan modul ke atas guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

dari aspek kesesuaian reka bentuk pembangunan modul dan kepenggunaan modul.

Tajuk bagi kajian ini ialah Pembangunan Dan Kebolehgunaan Modul Pembangunan

Produk Bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 3. Modul

Pembangunan Produk dibangunkan dalam lima peringkat berdasarkan model ADDIE

iaitu Fasa 1 (analisis), Fasa 2 (rekabentuk), Fasa 3 (pembangunan), Fasa 4

(perlaksanaan) dan Fasa 5 (penilaian). Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan

kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat. Sampel

kajian terdiri daripada 148 guru yang telah dipilih secara rawak mudah. Terdapat dua

jenis instrumen yang terlibat bagi mengumpul maklumat dan data dalam kajian ini iaitu

modul Pembangunan Produk dan borang soal selidik. Instrumen modul disahkan oleh

enam orang pakar, manakala instrumen borang soal selidik disahkan oleh tiga orang

pakar. Nilai keseluruhan kesahan kandungan modul adalah 93 peratus, manakala

kebolehpercayaan soal selidik daripada aspek ketekalan dalaman diukur menggunakan

indeks Alpha Cronbach, =0.948 & 0.949 untuk konstruk yang diuji. Oleh itu,

instrumen kajian didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta

sah dan boleh dipercayai. Dari segi implikasinya, modul Pembangunan Produk ini

dijangka dapat membantu guru dalam Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) bagi mata

pelajaran RBT Tingkatan Tiga sebagai salah satu bahan bantu mengajar.