Pembangunan dan kebolehgunaan Kit Operasi Asas Tambah Tolak mengintegrasikan Pembelajaran Berasaskan Permainan bagi Operasi Asas Matematik Tahun 1

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji kebolehgunaan Kit Operasi Asas

Tambah Tolak (KitOATT) mengintegrasikan Pembelajaran Berasaskan Permainan

(PBP) bagi topik Operasi Asas Matematik Tahun 1. Kajian ini m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Najat \'Aisyah Ab Wahid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10245
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji kebolehgunaan Kit Operasi Asas

Tambah Tolak (KitOATT) mengintegrasikan Pembelajaran Berasaskan Permainan

(PBP) bagi topik Operasi Asas Matematik Tahun 1. Kajian ini menggunakan Reka

Bentuk Kajian Pembangunan dengan mengaplikasikan Model ADDIE yang terdiri

daripada lima fasa iaitu analisis (A), reka bentuk (D), pembangunan (D), pelaksanaan

(I) dan penilaian (E). Pemilihan sampel dijalankan secara pensampelan rawak mudah

terhadap 76 orang sampel yang terdiri daripada guru Matematik Tahun 1 di Zon Pudu

Kuala Lumpur. Data dikumpulkan melalui dua instrumen kajian iaitu Soal Selidik

Penilaian KitOATT dan Soal Selidik Persepsi Kebolehgunaan KitOATT. Kesahan

KitOATT dilakukan oleh tiga orang pakar. Data penilaian pakar dianalisis

menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (IKK) manakala data pengujian

kebolehgunaan KitOATT dianalisis secara deskriptif menerusi min dan sisihan piawai

bagi mengenal pasti tahap kebolehgunaan KitOATT dari perspektif guru. Kajian ini

berjaya membangunkan KitOATT yang mempunyai kesahan yang memuaskan dengan

nilai purata IKK adalah 1.00. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa min bagi

darjah persetujuan guru terhadap kebolehgunaan KitOATT adalah tinggi di mana skor

min bagi pengujian kebolehgunaan memperoleh nilai 3.80 manakala nilai purata sisihan

piawai 0.35 menunjukkan taburan ini mewakili kesepakatan yang tinggi bagi

persetujuan responden. Kesimpulannya, kajian ini telah menghasilkan KitOATT yang

memuaskan di samping mempunyai kebolehgunaan yang tinggi. Implikasinya,

KitOATT yang mengintegrasikan PBP menjadi salah satu bahan bantu mengajar yang

efektif dan praktikal di samping menyokong Teori Pembelajaran Dienes dan Model

Kitaran Pembelajaran 5E sekali gus memberi pengalaman pembelajaran yang

bermakna kepada murid dengan bercirikan pembelajaran abad ke-21.