Pembangunan dan kebolehgunaan PaTraKit berasaskan pembelajaran koperatif bagi topik Transformasi Isometri Tingkatan Dua

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menentukan kesahan serta kebolehgunaan

kit pengajaran dan pembelajaran (PdP), PaTraKit bagi topik Transformasi Isometri

Tingkatan Dua. Reka bentuk kajian ini adalah kajian Re...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norashidah A Wahab
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10247
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menentukan kesahan serta kebolehgunaan

kit pengajaran dan pembelajaran (PdP), PaTraKit bagi topik Transformasi Isometri

Tingkatan Dua. Reka bentuk kajian ini adalah kajian Reka Bentuk dan Pembangunan.

Kajian ini merupakan kajian reka bentuk dan pembangunan jenis pertama yang

menggunakan model ADDIE. Proses kesahan PaTraKit yang dibangunkan telah

dilaksanakan oleh lima orang pakar iaitu seorang pensyarah Matematik di sebuah

universiti awam, seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) dan tiga orang guru

Matematik sekolah menengah yang mempunyai pengalaman lebih dari lima tahun

untuk menilai kit tersebut. Seterusnya, dengan menggunakan persampelan kesenangan,

seramai 30 orang murid dari sebuah sekolah Maahad Tahfiz di Mersing telah dipilih

sebagai sampel kajian bagi menentukan kebolehgunaan kit dengan melengkapkan soal

selidik kebolehgunaan PaTraKit. Maklum balas daripada pakar telah dianalisis dengan

menggunakan Content Validity Index (CVI) manakala kebolehgunaan kit telah

ditentukan melalui nilai skor min. Hasil analisis menunjukkan PaTraKit mempunyai

kesahan yang baik dengan nilai CVI=1.00. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa kit

yang dibangunkan ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dengan skor min

4.89. Sebagai kesimpulan, PaTraKit yang dibangunkan boleh digunakan sebagai Bahan

Bantu Mengajarar (BBM) dalam PdP topik Transformasi Isometri Tingkatan Dua.

Implikasinya, guru-guru boleh menjadikan PaTraKit sebagai BBM alternatif untuk

mengajar topik Transformasi Isometri di samping dapat membantu murid mempelajari

dan memahami topik tersebut dengan lebih mudah.