Pembangunan dan kebolehgunaan Conics Representation Board (C-ReB) dalam topik Conics bagi kursus Matematik Program Matrikulasi

Kajian ini bertujuan membangun dan mengenal pasti tahap kebolehgunaan Conics

Representation Board (C-ReB) bagi topik Conics dalam kalangan pelajar Program

Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian reka ben...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shariza Fazliana Mat Yusof
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10249
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangun dan mengenal pasti tahap kebolehgunaan Conics

Representation Board (C-ReB) bagi topik Conics dalam kalangan pelajar Program

Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian reka bentuk dan pembangunan

ini hanya melibatkan dua fasa iaitu fasa analisis keperluan dan fasa pembangunan.

Suatu kajian analisis keperluan dijalankan terhadap 96 orang pelajar program

matrikulasi bagi mengenal pasti topik kursus Matematik SM025 yang sesuai terhadap

penggunaan bahan manipulatif. Dapatan menunjukkan 77.1% bersetuju bahawa bahan

manipulatif sesuai digunakan dalam topik Conics. C-ReB dibangunkan berasaskan

kepada model ADDIE selain menerapkan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham

serta berpandukan Spesifikasi Kurikulum Matematik Sains SM025. Instrumen yang

digunakan adalah soal selidik analisis keperluan (SSAK), borang penilaian pakar

(BPPC) dan soal selidik kebolehgunaan C-ReB (SSKC). Ketiga-tiga set soal selidik ini

dibuat kesahan oleh tiga orang pakar dan mendapat kesahan yang baik. Seterusnya CReB

dibangunkan dan dinilai oleh tujuh orang panel pakar. Indeks kesahan muka dan

kandungan yang diperoleh masing- masing adalah 0.93 dan 0.90. Pekali Cronbachs

Alpha yang diperoleh bagi SSKC pula adalah 0.957. C-ReB diuji kebolehgunaannya

terhadap 31 orang pelajar. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif menggunakan

peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan kebolehgunaan C-ReB adalah

baik dengan skor min bagi konstruk kebergunaan, mudah digunakan, mudah dipelajari

dan kepuasan masing-masing adalah 4.28, 4.15, 4.31 dan 4.42. Kesimpulannya, C-ReB

yang dibangunkan dalam kajian ini mempunyai kesahan yang baik dan tahap

kebolehgunaan yang tinggi dalam kalangan pelajar program matrikulasi. Implikasinya,

C-ReB memberi peluang kepada pelajar meneroka dan membina sendiri pengetahuan

topik Conics selain boleh melaksanakan aktiviti secara aktif melibatkan koordinasi

mata dan tangan.