Analisis penguasaan kemahiran merancang eksperimen dalam kalangan pelajar Biologi tingkatan 4 di daerah Hilir Perak

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penguasaan kemahiran merancang eksperimen

dalam kalangan pelajar, meneroka isu-isu yang mempengaruhi kesediaan pelajar dalam

merancang eksperimen dan meneroka isu-isu yang ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan, Gaek Ling
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10250
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penguasaan kemahiran merancang eksperimen

dalam kalangan pelajar, meneroka isu-isu yang mempengaruhi kesediaan pelajar dalam

merancang eksperimen dan meneroka isu-isu yang berkaitan dengan pengendalian

PEKA Biologi dalam kalangan guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes

deskriptif. Seramai 190 orang sampel pelajar dipilih menggunakan kaedah

pensampelan rawak berlapis manakala 22 orang pelajar dan 5 orang guru Biologi dipilih

menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Tiga instrumen yang telah disahkan oleh

pakar iaitu ujian penilaian penguasaan kemahiran merancang eksperimen, protokol

temu bual guru, protokol temu bual pelajar dan nilai kesahan ialah 0.79, 0.91 dan 0.80.

Data daripada ujian penilaian penguasaan kemahiran merancang eksperimen dianalisis

secara statistik deskriptif iaitu melibatkan frekuensi dan peratusan manakala data temu

bual dan pemerhatian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar masih tidak dapat menguasai 6 elemen

kemahiran merancang eksperimen dengan sepenuhnya. Isu-isu utama yang

mempengaruhi kesediaan pelajar Biologi tingkatan 4 dalam merancang eksperimen

iaitu pelajar kekurangan peluang untuk merancang eksperimen, masa kelas amali yang

tidak mencukupi untuk pelajar merancang eksperimen dan kekurangan bahan dan radas

di sekolah. Dapatan berkaitan isu semasa guru mengendalikan PEKA Biologi ialah

pelajar tidak menguasai teori dan konsep eksperimen, masa kelas amali tidak

mencukupi dalam pengendalian PEKA Biologi, pelajar kurang menguasai kemahiran

merancang eksperimen, pelajar kurang menguasai kemahiran manipulatif dan

pembahagian tugas dalam kumpulan yang tidak berkesan. Implikasinya, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) memainkan peranan yang penting dalam usaha

meningkatkan kemahiran merancang eksperimen di kalangan pelajar dengan

menawarkan kursus yang sesuai untuk melatih guru, mengurangkan beban tugas guru,

memastikan masa kelas amali, bahan dan radas makmal yang diperlukan sentiasa

mencukupi.