Penerimaan penilaian prestasi Sistem Saraan Malaysia di kalangan guru-guru sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak

Penilaian prestasi sering menjadi isu kontroversi di kalangan kakitangan di jabatan awam ataupun

swasta di mana-mana negara di dunia ini. Sektor awam di Malaysia melaksanakan penilaian prestasi

melalui Sistem Saraan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Devi Maniam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10257
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Penilaian prestasi sering menjadi isu kontroversi di kalangan kakitangan di jabatan awam ataupun

swasta di mana-mana negara di dunia ini. Sektor awam di Malaysia melaksanakan penilaian prestasi

melalui Sistem Saraan Malaysia yang telah diperkenalkan sejak tahun 2002. Objektif kajian ini

ialah untuk melihat hubungan jantina, pengalaman mengajar dan tahap pendidikan guru dengan tujuan

penilaian prestasi dan penerimaan Penilaian Tahap Kecekapan di kalangan guru-guru Sekolah Menengah

di Daerah Batang Padang. Kajian ini juga membincangkan hubungan di antara faktor sikap penilai,

teknik penilaian prestasi dan kemahiran pegawai penilai dengan tujuan dan kesan penilaian prestasi

dalam Sistem Saraan Malaysia. Sebanyak

200 soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Batang Padang, Perak.

Kaedah persarnpelan rawak digunakan untuk mendapatkan data dari responden kajian. Sebanyak 150 soal

selidik telah diterima kembali dari responden. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah faktor

demografi guru dari segi jantina, pengalaman mengajar dan tahap pendidikan guru. Pembolehubah bebas

yang lain ialah sikap pegawai penilai, teknik penilaian prestasi dan kemahiran pegawai penilai.

Manakala pembolehubah bersandar ialah penerimaan tujuan penilaian prestasi, penerimaan kesan

dan penerimaan Penilaian tahap kecekapan. Dapatan kajian menunjukkan tida perbezaan di antara

faktor jantina, pengalaman mengajar dan tahap pendidikan dengan tujuan penilaian pretasi dan

penerimaan Penilaian Tahap Kecekapan. Kajian juga mendapati wujud korelasi yang signifikan di

antara sikap dan kemahiran pegawai penilai dengan penerimaan tujuan dan kesan penilaian prestasi.

Manakala hubungan di antara teknik penilaian prestasi dengan tujuan adalah tidak signifikan. Tetapi

teknik penilaian mempunyai hubungan yang signifikan dengan penerimaan kesan penilaian prestasi.