Permasalahan rumah tangga di kalangan suami isteri:kajian kes di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan rumahtangga di kalangan suami isteri yang

membuat aduan masalah rumahtangga di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID Hulu Langat).

Antara faktor demografi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Hashimah Mat Rani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10259
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan rumahtangga di kalangan suami isteri yang

membuat aduan masalah rumahtangga di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID Hulu Langat).

Antara faktor demografi yang dikaji adalah seperti jantina, umur, tempoh perkahwinan, status aduan,

kehadiran sesi rundingcara dan kaunseling, tahap pendidikan, jenis pekerjaan serta pendapatan

pasangan suami isteri yang telah membuat aduan masalah rumahtangga di PAID Hulu Langat. Pengkaji

telah menggunakan metodologi kajian kes dengan kaedah analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan

data. Kajian ini telah dijalankan di Unit Undang Undang Keluarga di PAID Hulu Langat dan sebanyak

261 fail aduan masalah kekeluargaan telah dianalisa bagi memenuhi tujuan kajian ini. Hasil dapatan

kajian menunjukkan bahawa permasalahan yang sering wujud dalam hubungan suami isteri yang membuat

aduan di PAID Hulu Langat adalah seperti pengabaian nafkah zahir dan batin, masalah kewangan,

komunikasi, suami atau isteri yang panas baran dan memukul pasangan atau anak, suami atau isteri

yang mengabaikan tanggungjawab kepada pasangan dan anak, kecurangan dan wujudnya pihak ketiga,

poligami, masalah berjudi, arak, dadah dan ganja, masalah akhlak, masalah seksual, campur tangan

keluarga, suami menganggur dan tidak bekerja tetap serta suami yang meninggalkan isteri. Daripada

kajian yang dijalankan, sebanyak 55.2 peratus daripada keseluruhan pasangan suami isteri yang

membuat aduan masalah rumahtangga di PAID Hulu Langat mengambil keputusan untuk bercerai dan

membubarkan perkahwinan mereka. Selain itu, sebanyak 59.8 peratus suami atau isteri atau kedua-dua

pasangan suami isteri yang hanya hadir pada sesi pertama dan kedua sesi rundingcara dan kaunseling

di PAID Hulu Langat dan kebanyakannya hanya bertujuan untuk memenuhi prosedur

mahkamah bagi proses penceraian.