Pembangunan modal insan dalam novel Imam

Senario kini menunjukkan pembangunan modal insan merupakan satu agenda yang penting dalam

pembangunan Malaysia kerana selaras perjuangan misi negara dalam konteks menghadapi cabaran

keempat yang terdapat dalam Wawas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ida Roziana Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10278
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Senario kini menunjukkan pembangunan modal insan merupakan satu agenda yang penting dalam

pembangunan Malaysia kerana selaras perjuangan misi negara dalam konteks menghadapi cabaran

keempat yang terdapat dalam Wawasan 2020, iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh

ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan clan

kerohanian yang teguh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Sehubungan dengan itu,

kajian yang dijalankan ini merupakan kajian teks, iaitu menganalisis dan membincangkan

novel Imam karya Abdullah Hussain berdasarkan pembangunan modal insan dengan

bersandarkan prinsip kedua dalam teori Takmilah, iaitu Prinsip Kerasulan Sebagai lnsan Kami/ dan

prinsip ini juga terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu insan Khalifah, insan Rabbani dan insan

Kami/. Oleh itu daripada kajian ini pengkaji dapat membuktikan bahawa watak utama dalam novel Imam,

iaitu Haji Mihad mempunyai ciri-ciri sebagai insan Kami/. Haji Mihad selaku watak utarna memainkan

peranannya sebagai insan Kami/ serta turut membawa perubahan dari sudut agama dan

muamalah dengan bersandarkan al-Quran, hadis dan sunah. Watak Haji Mihad digambarkan sebagai

seorang yang berperibadi dan berakhlak mulia, mempunyai ilmu agama dan ilmu dunia, bersemangat

patriotik, berpandangan jauh, menekankan kerjasama dan toleransi di kalangan masyarakat,

menjalankan dakwah secara berhemah dan seorang imam yang sentiasa memberi bimbingan serta nasihat

dengan berlandaskan hukum Islam. Selain itu juga, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti

ciri-ciri modal insan yang terdapat pada watak utarna dalam novel Imam dan terbukti bahawa

ciri-ciri tersebut ada pada watak Haji Mihad serta mendapati bahawa watak utama itu merupakan

seorang muslim yang mencontohi Nabi Muhammad SAW selaku model modal insan yang paling sempurna. Di

samping itu juga, kajian ini dibuat untuk membuktikan bahawa novel Imam merupakan sebuah karya

sastera yang menepati ciri ciri karya sastera Islam. Sebagai kesimpulannya, novel ini membuktikan

kejayaan pengarang mengolah karyanya dengan cara yang kreatif dan mempunyai unsur-unsur

keislaman yang kuat.