Pembangunan dan penilaian keberkesanan perisian multimedia terhadap pencapaian murid bermasalah pendengaran dalam mata pelajaran Pembantu Penyedia Makanan (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membangun perisian multimedia bagi pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer serta menilai keberkesanannya terhadap pencapaian murid bermasalah pendengaran dalam mata pelajaran Pembantu Penyedia Makanan. Dalam proses pembangunan, kebolehgunaan perisian multimedia diuji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norehan Ali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1028
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangun perisian multimedia bagi pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer serta menilai keberkesanannya terhadap pencapaian murid bermasalah pendengaran dalam mata pelajaran Pembantu Penyedia Makanan. Dalam proses pembangunan, kebolehgunaan perisian multimedia diuji dan dinilai oleh enam orang guru mata pelajaran Pembantu Penyedia Makanan dengan menggunakan borang penilaian. Keberkesanan perisian multimedia pula diuji dengan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen kuasi yang mana dua kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza dilaksanakan iaitu kaedah konvensional bagi kumpulan kawalan dan kaedah berbantu komputer bagi kumpulan rawatan. Data pencapaian murid dikumpul dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Seramai enam orang murid Tingkatan 5 Pembantu Penyedia Makanan dipilih sebagai sampel dan dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu tiga orang dalam kumpulan kawalan dan tiga orang dalam kumpulan rawatan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kebolehgunaan perisian berada pada tahap positif dan spesifikasi tinggi. Bagi aspek keberkesanan perisian, perbandingan min ujian pra dan ujian pasca menunjukkan terdapat peningkatan positif pencapaian murid kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Perisian multimedia yang dibangunkan sesuai digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer serta dapat meningkatkan tahap pencapaian murid bermasalah pendengaran.