Hubungan antara beban tugas guru dengan kepuasan kerja guru Program Pendidikan Khas Integrasi di Petaling Perdana Selangor

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara beban tugas guru dengan kepuasan kerja

Guru Program Pendidikan Khas Integrasi di Petaling Perdana. Kajian kuantitatif

digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Fadhil Ritin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10286
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara beban tugas guru dengan kepuasan kerja

Guru Program Pendidikan Khas Integrasi di Petaling Perdana. Kajian kuantitatif

digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada 100 orang guru

Program pendidikan khas Integrasi (PPKI). Kajian ini telah melihat beban tugas guru

yang dipengaruhi oleh beban tugas akademik dan bukan akademik. Data analisis

menggunakan statistik inferensi, korelasi dan Ujian-t. Bagi menjalankan kajian ini

kaedah soal selidik yang menggunakan skala Likert 5 mata atau (1 = Sangat Tidak

Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Bersetuju, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju) telah

digunakan. Kajian ini menggunakan dua intrumen iaitu instrumen soal selidik beban

tugas guru yang mempunyai 55 item dan instrumen soal selidik kepuasan kerja

Minnesota versi pendek digunakan untuk mengukur kepuasan kerja mereka. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa tahap beban tugas guru dan kepuasan kerja ditahap yang

tinggi iaitu (M = 4.31, SP = 0.49). Manakala Ujian Korelasi Pearson dilakukan untuk

mengkaji hubungan antara beban tugas guru (beban tugas akademik dan beban tugas

bukan akademik) dengan kepuasan kerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara beban tugas guru dengan kepuasan kerja (r = 0.377, p

= 0.000 < 0.01), beban tugas akademik (r = 0.352, p = 0.000 < 0.01) dan beban tugas

bukan akademik (r = 0.376, sig = 0.001, p> 0.05). Ujian-t tidak bersandar pula

dilakukan bagi mengkaji perbezaan jantina guru terhadap kepuasan kerja. Hasil kajian

mendapati tiada perbezaan antara guru lelaki dan perempuan terhadap kepuasan kerja

(p = 0.0.15 > tahap 0.05). kajian ini memperlihatkan terdapat beban tugas guru dengan

kepuasan kerja guru justeru kajian ini mencadangkan KPM mewujudkan khidmat

sokongan guru kedua bagi meringankan beban tugas guru dan kepuasan kerja guru.