Pembangunan dan kebolehgunaan Modul Kursus Asas Mekanik Struktur berasaskan Teori Konstruktivisme bagi Program Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Modul Pembelajaran Kursus Asas

Mekanik Struktur (KAMS) berasaskan Teori Konstruktivisme bagi Program Teknologi

Pembinaan di Kolej Vokasional (KV). Kajian ini menggunaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zulhilmi Ab Kadir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10288
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Modul Pembelajaran Kursus Asas

Mekanik Struktur (KAMS) berasaskan Teori Konstruktivisme bagi Program Teknologi

Pembinaan di Kolej Vokasional (KV). Kajian ini menggunakan Pendekatan Reka

Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) yang melibatkan

tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta

fasa penilaian. Data fasa analisis keperluan dikutip dengan menggunakan instrumen

soal selidik terhadap 40 orang pensyarah Program Diploma Teknologi Pembinaan KV

yang mengajar KAMS. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk

mengetahui nilai kekerapan, peratusan dan min. Bagi fasa reka bentuk dan

pembangunan, data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan

menggunakan sumber-sumber bahan bercetak seperti dokumen dan buku bagi tujuan

reka bentuk modul. Manakala bagi proses kesahan kandungan modul, instrumen soal

selidik digunakan terhadap 7 orang pakar bagi mengetahui tahap kesahan kandungan

modul. Data dianalisis bagi mendapatkan nilai peratusan dengan menggunakan formula

tahap penguasaan kesahan kandungan oleh Sidek dan Jamaludin. Penilaian kesahan

kandungan modul yang dijalankan mendapati nilainya adalah 92.5%. Dapatan ini

menunjukkan kesahan kandungan adalah sangat baik kerana melebihi 70%. Fasa

penilaian melibatkan penilaian tahap kebolehgunaan modul yang menggunakan

instrumen soal selidik USE (Kegunaan, Kepuasan dan Kemudahan Penggunaan) yang

melibatkan 38 orang pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Alor Setar. Data

dianalisis secara statistik deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan dan min.

Dapatan mendapati nilai purata min bagi setiap elemen kebolehgunaan adalah 4.44.

Ianya menunjukkan tahap kebolehgunaan yang tinggi mengikut interpretasi skor min.

Melalui penghasilan Modul KAMS ini ianya dilihat dapat memberikan sumbangan

kepada bahan PdP bagi kegunaan pelajar Teknologi Pembinaan di KV. Secara

keseluruhannya, pembinaan modul ini telah mencapai objektif kajian dengan tahap

kesahan kandungan dan kebolehgunaan yang baik dan tinggi.